Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday 7 November 2012

THE PLAN

LOW CARBO - HIGH PROTEIN - FIBRE


Dah ramai buat plan ni (or so called Atkins diet) dan ramai yang dah berjaya. Paling penting nak berjaya mesti ada WILL POWER!


SEMANGAT yang kuat perlu supaya plan ni berjaya dan ke arah kehidupan yang LeBiH SIHAT

Plan ni ada 4 Fasa :
1. Fasa 1: Induction - masa ni kita train badan untuk membakar lemak-lemak yg dah lama terkumpul tu
2. Fasa 2 : Ongoing Weight Loss (OWL)
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 


Jommm kita faham dengan lebih detail ...
Fasa 1 : INDUCTION
- ini adalah fasa Permulaan & Pengenalan kepada kehidupan yang lebih sihat, badan yang lebih cantik 
- sekurang-kurangnya 2 minggu (mengikut keadaan dan berat badan)
- kalau punya berat badan yang berlebihan (>20kg dari berat badan ideal) jadi fasa Induction ni buat la lama sikit. Lagi lama buat lagi banyak 'pembakaran' lemak berlaku (BUT mesti ikut plan tau no cilok-cilok :D)

*dalam 2 minggu pertama ni berat akan turun lebih kurang 2-3kg

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan 

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

Dari diari Dzul (taknakgemuk.com)
"Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku, korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D"

Fasa 2: OWL
- boleh terus ke fasa ni kalau tinggal lebih kurang 10kg je lagi nak mencapai berat badan ideal
- masa fasa ni kita masih dalam keadaan mengawal selera & apa yang kita makan
- slowly menambahkan total Carbo yang di benarkan bermula dari 25g (increase by 5g weekly). Kalau berat badan masih maintain maknanya itu la jumlah carbo yg 'selamat' meaning cukup utk fungsi-fungsi badan
*berhati-hati masa nak menambahkan carbo balik ke dlm diet pemakanan takut perubahan yang mendadak menambahkan berat badan (penat buat Induction berminggu-minggu ...)

Fasa 3: PRE-MAINTENANCE
- pada masa fasa ni kita dah tinggal kira-kira 10lb (lebih kurang 4-5kg) nak mencapai berat badan ideal
- berat badan akan berkurangan slowly (mungkin ambil masa 6 bulan hingga setahun)
- pada masa ni kita dah pandai kawal pemakanan 

Fasa 4: LIFETIME MAINTENANCE
ke arah kehidupan yang lebih sihat, bebas penyakit In Sya Allah .....

Sebenarnya tak perlu ikut fasa-fasa di atas mengikut peringkat. The Plan is actually very flexible. Semuanya bergantung pada berapa banyak berat badan yang berlebihan dari berat badan ideal. Kalau ada less than 10kg tu loose boleh je nak mulakan dari Fasa 2. Tapi seelok-eloknya mulakan dengan proses Induction tu kalau betul-betulnak tengok penurunan berat badan. It's all up to you actually and how much you want to loose. Mungkin ada orang berat badan idealnya 52kg tapi dengan rangka badan yg sederhana dengan berat badan tu akan nampak 'haggard' tak berseri. 

PENTINGGG!!!!
Semasa Induction: 
1) NO Nasi, Mee, mee Hoon, Laksa, Laksam, Spaghetti, Macaroni, Oat, Cereals dan yang sebangsa dengannya.  Anything yg bertepung = Carbs

2) NO Roti, Roti wholemeal, Buns, Roti Canai, Roti Jala, Pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. Again makanan bertepung = Carbs

3) NO Gula - apa juga jenis gula, minuman bergula, jus, air berkabonat & anything yg bergula tinggi.

4) NO Buah-buahan - sebab mengandungi kandungan gula
5) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

6) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal etc

7) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

8) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


YES to :

1) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai

4) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..


* Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

No comments:

Post a Comment