LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, 11 November 2012

Resepi 4

Stuffed red bell pepper

Bahan-bahan:
2 red bell pepper/Capsicum/Lada benggala - sederhana besar
Daging burger ayam - jenama Ramli (saiz hidangan 70g = 7.6g carbo)
Bawang putih & bawang besar (Holland/Bombay) - di cincang
1 biji telur
Cream
lada sulah




  • Bersihkan & potong bell pepper (potong 1/4 dr penutupnya). Bersihkan isi dalamnya
  • Cincang daging burger, bawang putih & bawang besar
  • Tumis bawang dengan minyak zaitun kemudian masukkan daging burger cincang
  • Setelah masak ketepikan


  • Sediakan telur bersama lada sulah & cream
  • Kacau sebati


  • Sumbatkan bell pepper dengan bahan yg di tumis tadi
  • Tuangkan telur (tujuan telur utk melekatkan isi kepada bell pepper)


  • Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15min (atau sehingga bell pepper nampak agak layu) pada suhu 150oC 

Hasilnya lepas di bakar

Keratan rentas
Isi bell pepper rasanya manis dan harum

Tips :
Kalau nak pedas taburkan dengan cili flakes atau masa menumis daging burger tadi letakkan hirisan cili padi


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment