Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday 18 November 2012

Apple Cider Vinegar

Nak boost up metabolisma badan? Cuba lah ambil Apple Cider Vinegar, ACV. Jenama paling fames ialah Braggs yg boleh dpt di mana-mana hypermarket - Giant, Tesco & juga di farmasi. ACV Braggs terhasil dr epal yg ditanam secara organik (bebas dr pencemaran, penggunaan baja kimia) dan pure - unfiltered, unheated, unpasteurized. Kandungan asid yg tinggi memastikan produk ni susah di kontaminasi oleh bakteria/kulat (tu dia keluar dah teori sains ... Akak dulu belajar microbiology & biotechnology jadi bab2 microorganisma arif la sikit)

Yang penting dlm ACV Braggs ada ibu cuka epal (Mother of Vinegar) yang terjadi secara semulajadi. kalau tengok kat bawah botol ACV nampak macam bertali (di situ lah terletaknya khasiat yang paling bagus!) Kalau membeli ACV ni perhatikan mendakan di bawah botol, kalau produk tu nampak jernih je power penyembuhannya kureng tau ... 

Ni rupa ACV dari Braggs


Bangun pagi-pagi minum ACV (2 sudu kecil) yang di campur ke dalam segelas air suam.  ACV di kenali sebagai agen pencuci & penyembuh yg bagus. Ia 'mencuci' badan dengan membuang segala toksin yang tersumbat dan membantu sistem penghadaman kita dengan menggalakkan (stimulate) pengaliran enzim & air liur dalam mulut. ACV rasanya agak masam dan menyengat sbb kandungan acetic acid 5.14% dengan pH 3.0.sudu besar)  

Sedikit info tambahan :
ACV yang kaya dengan enzim & potassium elok untuk dalaman & luaran. Untuk dalaman ia menyokong sistem imun badan yg sihat, menolong mengawal berat badan, mengalakkan sistem penghadaman, membuang toxin dalam badan. Untuk luaran pulak, ia bagus utk kulit yg sihat, bersih, kelihatan muda, melegakan iritasi kulit dan membantu mengurangkan kesakitan akibat senaman. Ye lah bila dah segala toksin yg terkumpul tu di nyahkan dari badan of course kulit akan jadi lebih cantik & badan lebih segar. Idak gitu?


Keterangan lanjut boleh baca di Braggs

Sejak memulakan plan ni Akak baru je mengamalkan ambil ACV sejak hari ke-9. Yang paling ketara selepas ambil ACV ni memang mudah ke toilet. Kan dia membuang segala toksin yg tersumbat so memang betul la ye ...






No comments:

Post a Comment