LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Monday, 24 March 2014

Weight loss potion!

Wahhh lama tul tak bersiaran ....
Bukannya dah lupa nak jaga badan ... Cuma tak sempat je nak kongsi di sini
Masih lagi mengamalkan juicing setiap hari ... Banyak photo tersimpan dlm handphone cuma tunggu time je nak transfer ke sini
Hari ni meh nak kongsi satu lagi rahsia .... Ekceli tak sabar nak share penemuan ni ...

Weight Loss Potion!
(Nak terjemah buat title lebih catchy tapi tak jumpa plak perkataan bahasa melayu yang tepat)

Resepi nye cenggini .....
Blend 2 biji epal hijau (sebaik nye dengan kulit tapi basuh la buah tu elok-elok ye ...)
1/2 biji japanese cucumber sederhana besar
1inci halia

Minum sebelum tidur (Akak minum ni menggantikan makan malam)
Jangan risau .... Fiber yg ada dlm epal akan buat kita rasa kenyang

Kat mana nye MAGIC jus ni???
Ha .....meh sini nak cerite
esok pagi bila bangun segala isi perut hari sebelumnya akan di cuci bersih! Memang badan akan terasa ringan sangatttt (signal nak ke bilik air pun biasa je .... Bukan jenis yg memulas -mulas macam ambik teh herba, pil pelangsing atau benda2 yg sewaktu dengannya)
Dan bila perut dah di 'bersih'kan tu esok pagi cuba minum setengah cawan air yang di campur dgn 2 sudu besar apple cider vinegar (kalau tak biasa dgn ke'tajaman' apple cider vinegar ni boleh la di campur dengan 1 sudu kecik madu) atau .... Boleh cuba segleas air suam dengan perahan setengah biji lemon

Cuba amalkan Weught Loss Potion ni barang seminggu .... Anda akan puas hati dengan hasilnye. Bila dah detox tu cuba la amalkan pemakanan yg sihat ... Kurangkan makanan manis dan tinggi gula, makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, bihun, mee, pasta dan yg seangkatan dengannya

Mcmana jus ni boleh mengurangkan berat badan.
Jawapan nya pada kombinasi epal, timun dan halia tu ....
Meh kita kupas satu- satu kebaikkan buah/sayur ni ...

Timun :
90% kandungannya terdiri dari air
Rendah kalori
Kaya dengan nutrient spt vitamin A, C dan E (membantu membuang toksin dan sel lemak), sulfur dan silikon (menggalakkan buah pinggang mencuci pengumpulan asid urik yang merupakan salah satu punca kegemukkan), serat (membantu pembersihan usus)
Bersifat alkali (keadaan badan yg berasid menyukarkan proses pengurangan berat badan)

Epal hijau :
Mengandungi serat yg di kenali sebagai pektin (mengawal blood fat dan membantu dlm pengurangan kolesterol
Menstabilkan gula di dlm darah (mengurangkan keinginan untuk makan dan memberi rasa kenyang yg lama)

Halia :
Mengandungi amino asid yg di perlukan (essential amino acids) yg memainkan peranan dlm
metabolisma badan)

Cuba lah ye ....