Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Monday 19 November 2012

DAY 15 cer timbang sikit!

Phewww dah Day 15
Hari ni nak timbang sikit kut-kut turun lagi

Yippie yeayyyy!
Turun lagi 1kg - gilosss punya la happy :D
The hard part ----> nak maintain supaya mencapai target - 52kg

Kalau ikutkan program Atkins, if u have like less than 10kg to loose dah boleh mula OWL (Ongoing Weight Loss) meaning dah boleh tambah net carbo dalam pemakanan

Akak rasa nak sambung lagi seminggu kut Induction ni n see how it goes sbb next week nak gi holiday bawak anak-anak ke Perlis naik ketapi Express Senandung Malam. 

Balik Perlis sinonim ngan Food, Food, Food. Phewww! Pulut ayam, cendul, ikan keli restoran Pokok Sawa, Tom Yam (Padang Besar), Laksa Kuala Perlis, Nasi Ganja. Adoiyaiii hubby dah bagi warning tak leh makan itu semua .... Let's see how it goes. Takde la nak mentekedarah (mencekik) sampai tak ingat perut

Hmm ...
Dah ada ke yg mengikuti plan ni? Cuba la. Meh la kongsi experience di sini. Kut-kut ada resepi yg best ke boleh la share. 

Pada yg berat badan 60kg or less jangan keciwa kalau jarum penimbang tu tak turun laju. Loose it slow n steady. Ye la lemak-lemak tu bukannya boleh loose overnight! Dengan pemakanan yg betul dan terkawal insyaAllah akan turun jugak scales tu tambah ngan exercise lagi bagus. Cara ni kita akan dapat keep/maintain weight loss dgn lebih berjaya. Takde la jadi cam yo yo effect jap turun-jap naik.

Tapi kalau dah badan cam Yours Truly ni, yg dah beranak 4 kali, operate plak tu, to loose 1,2 kilos in 2 weeks memang a fantastic feat indeed bebeh! Tak payah nak makan meal replacement, susu *ajaib*, pil *ajaib*, shake *ajaib*, jus *ajaib* berbagai ... camne pun dlm plan tu kena kawal pemakanan gak n minum air banyak,banyak,banyak. Cer buat semua tu without the additional props sure turun nye deh. Anyway the additional props tu mungkin ada nolong sikit-sikit but WHY waste money when all u need is a good plan n lots of WILL POWER

Sunday 18 November 2012

Apple Cider Vinegar

Nak boost up metabolisma badan? Cuba lah ambil Apple Cider Vinegar, ACV. Jenama paling fames ialah Braggs yg boleh dpt di mana-mana hypermarket - Giant, Tesco & juga di farmasi. ACV Braggs terhasil dr epal yg ditanam secara organik (bebas dr pencemaran, penggunaan baja kimia) dan pure - unfiltered, unheated, unpasteurized. Kandungan asid yg tinggi memastikan produk ni susah di kontaminasi oleh bakteria/kulat (tu dia keluar dah teori sains ... Akak dulu belajar microbiology & biotechnology jadi bab2 microorganisma arif la sikit)

Yang penting dlm ACV Braggs ada ibu cuka epal (Mother of Vinegar) yang terjadi secara semulajadi. kalau tengok kat bawah botol ACV nampak macam bertali (di situ lah terletaknya khasiat yang paling bagus!) Kalau membeli ACV ni perhatikan mendakan di bawah botol, kalau produk tu nampak jernih je power penyembuhannya kureng tau ... 

Ni rupa ACV dari Braggs


Bangun pagi-pagi minum ACV (2 sudu kecil) yang di campur ke dalam segelas air suam.  ACV di kenali sebagai agen pencuci & penyembuh yg bagus. Ia 'mencuci' badan dengan membuang segala toksin yang tersumbat dan membantu sistem penghadaman kita dengan menggalakkan (stimulate) pengaliran enzim & air liur dalam mulut. ACV rasanya agak masam dan menyengat sbb kandungan acetic acid 5.14% dengan pH 3.0.sudu besar)  

Sedikit info tambahan :
ACV yang kaya dengan enzim & potassium elok untuk dalaman & luaran. Untuk dalaman ia menyokong sistem imun badan yg sihat, menolong mengawal berat badan, mengalakkan sistem penghadaman, membuang toxin dalam badan. Untuk luaran pulak, ia bagus utk kulit yg sihat, bersih, kelihatan muda, melegakan iritasi kulit dan membantu mengurangkan kesakitan akibat senaman. Ye lah bila dah segala toksin yg terkumpul tu di nyahkan dari badan of course kulit akan jadi lebih cantik & badan lebih segar. Idak gitu?


Keterangan lanjut boleh baca di Braggs

Sejak memulakan plan ni Akak baru je mengamalkan ambil ACV sejak hari ke-9. Yang paling ketara selepas ambil ACV ni memang mudah ke toilet. Kan dia membuang segala toksin yg tersumbat so memang betul la ye ...






DAY 11, 12, 13

OMG! OMG! Oh My Gosh!
selepas 10 hari on The Plan, tak sabar la pulak nak timbang

Nengok nengok ..... arghhhhh naik 1kg!
Ni tak leh jadi 
Mesti sbb cilok makan birthday cake hari tu
Tapi memang dr semalam rasa badan berat semacam ... cam water retention

Criter DAY 11, 12 and 13 :

Pada ladies di luar sana kalau mengalami keadaan mcm ni semasa On the Plan n tetiba badan rasa berat semacam ... mcm bengkak pun ada. Sebenarnya dah masa period. Fullstop!

One thing Akak notice period flow sangat banyak n rupa darah merah cantik tak berketul-ketul hitam macam selalu. Mungkin sbb banyak minum air so ada efek kat darah.

Plan diteruskan dengan menu kurang carbo. To tell u the truth memang tak tahan sebab tak amik carbo langsung. Mulai hari ni masa breakfast amik 1 slice roti Gardenia Break Thru (paket warna kurang, rega RM4.70). Roti ni jenis low GI (glycemic index) yang tak akan menyebabkan sugar spike dalam badan kita jadi badan masih membakar lemak yg terkumpul. Kandungan carbo utk 2 keping roti ni bersamaan 14.4g. Masih dalam range 20g Carbo yg dibenarkan dlm plan ni kan? so boleh la makan sampai 2 slice 

Masa dok google tadi terjumpa video pasal burn fat not muscles. Otot (muscle) akan membantu dlm pembakaran lemak jadi ada exercise yg tertentu dpt meningkatkan otot badan supaya pembakaran lemak lebih effisien. Video tu pasal makanan yg di ambil supaya dpt burn fat but not loose muscles. Makan daging - di panggang (roast) dengan banyak sayur (brocolli, asparagus, cauliflower) siap makan mentah-mentah lagi.

Yang paling penting nak stick to the Plan kita mesti rancang our grocery shopping supaya tak buntu nak makan/masak apa. Stok banyak-banyak ikan (tenggiri, ikan merah, tilapia, parang, kurau, salmon), ayam, daging & sayur hijau.




Wednesday 14 November 2012

Day 10

Tak sangka pulak dapat survive ngan plan ni ye. Untuk motivate diri jangan anggap plan ni sebagai diet. Tanam dlm diri perubahan ni di buat sebab nak kehidupan yg lebih sihat. Badan yg obese mengundang banyak penyakit ... semua org tahu kan tp rasa susah nak lepaskan me'rasa' makanan yg sedap2 tu kan .... lepas dah over Fasa 1 teruskan ngan Fasa 2 (maintenance) Dah boleh makan makanan ada karbo cuma tambahkan sedikit demi sedikit @ mybe have 1 cheat day where u can indulge away (but be careful not to go overboard!) Kalau teringin sangat nak makan cheese cake yg di idam-idamkan sekian lama silakan ... tapi jgn la pulak makan 2,3 potong sekali hadap. Cukup sekadar dpt merasakan kenikmatan keenakan cheese cake tu dengan 1 potong kecil

Hari ni untuk makan tengahari & malam Roz buat masakan Jepun. Come to think of it makanan jepun ni senang je nak buat. Kebanyakkannya berasaskan sup (Nabe) atau stir fry. Tengahari buat ala-ala sukiyaki (one pot dish)

Sukiyaki - cendawan shitake, tauhu lembut, kobis, bunga kobis
(Resepi 11) 

Chicken teppanyaki with pickled radish & kimchi
(Resepi 12)
Teruja dengan entri menu hari ni? nantikan resepi nya

Buat yg sedang mengikuti blog ni dan telah mulakan plan ni kuatkan semangat untuk terus stick to the plan. Remember there's a rainbow by the end of the journey :D 

Day 9 Mengeluarkan peluh ...... exercise babe

Yippie yeay! My weighing balance shows 2.5kg lower than when I first started! emmmm .... dah lama rasanya jarum weighing scale ni tak menunjuk ke nombor bermula dengan 5X. Bila buat ukuran pun overall ada penyusutan 2 cm (average) di kawasan pinggang, tummy & hips. Walau pun ter divert sikit dr plan pada hari ke-6 hari tu (remember the little morsel of vanilla cake into the mouth? huhu) sib baik takde efek. Or maybe kalau tahan daulat hari tu dengan kek iteww jarum penimbang tu tentu turun lagi ....  *me wonders*

Hari ni dah mula buat exercise sikit sbb rasa badan dah makin stabil. Dah dpt adjust dengan ke'hilangan' kesedapan menjamah nasi, roti & benda-benda lain yg sewaktu dgnnya. Nanti di post yg lain Akak share exercise menggunakan Tabata protocol - intensed workout but short time. Cuma ambil masa 8 minit je utk exercise tp hasilnya macam lari ber kilometer! Buat permulaan boleh buat 4 minit je lepas tu build up intensity dari situ.

Dapat buat gardening bersama suami & anak-anak sempena cuti sekolah ni. Pindahkan pokok, gembur tanah, baja rumput dan pokok-pokok. Berpeluh la jugak dr kul 8.30 sampai 11 pagi. Sambil buat kerja di taman memang terasa betul kedahagaan nya. Bila rasa dahaga tanda nya badan kita perlukan air. Minum la banyak-banyak sampai puas.

Aktiviti hari ni





Day 7 and 8

Nothing special today. Just the same ole same ole.

Entri kali ni masih lagi berkisar tentang makanan & menu. Bukan apa Roz cuma nak bagi idea mcmana nak sediakan makanan while on the Plan. Tak semestinye kita kelaparan & starve to death while on the Plan. 

Secara umumnya semasa dalam plan ni diet kita adalah low carbo, high protein & fiber. Low carbo = No Nasi, Mee, Meehoon, Kuetiaw, Yee Mee, Spaghetti, Macaroni, Pie (atau makanan berasaskan tepung), Roti dan apa-apa makanan yg berkanji serta kandungan karbohidrat yg tinggi. Dengan itu ... berhati-hati juga dengan choice of veggie sbb ada sayur yg kandungan carbo agak tinggi & mesti avoid semasa dlm Fasa 1 (Pembakaran). Sayur-sayur seperti kentang, jagung @ yg ada kandungan strach/kanji lebih baik di elakkan. 

Fasa 1 ni fasa yg paling penting sekali sbbmasa ni la kita mengajar, menyuruh badan kita supaya membakar lemak tu. Tanpa carbo, badan kita akan menggunakan/ membakar lemak sebagai tenaga. Sebab tu kita akan kehilangan berat badan paling tidak pun 2,3 kilo dlm sebulan. Melalui bacaan kebanyakkan org loose weight lebih dari 5 kilo untuk 2 minggu pertama ni. Kalau lepas 2 minggu kita masih tak mencapai berat badan yang di idam (atau sekurang-kurangnya tinggal 5 hingga 10 kilo lagi nak mencapai target) maka Fasa 1 ni boleh dilanjutkan. Pada yg very d obese ada yg buat Fasa 1 sampai 3, 6 bulan.

Untuk sarapan pagi & lunch boleh pilih dari menu yg ada sebelum ni. Untuk dinner pulak Akak goreng daging dengan baby kailan bersama button mushroom. 


Tak sabar nak timbang & measure ukur lilit esok. Tunggu ye keputusannye ...

Day 6

Fuhhhh hari ni hari yg paling mencabar sejak dlm plan ni. Sebabnye .... hari ni buat kek utk harijadi ayahanda tercinta yg ke-74. Malam ni ada dinner kat kampung - Ampang je ... dah request kat Bonda masak roast chicken sbb on the Plan! hehe

Ni la kek yg di buat - Vanilla layered cake topped with chocolate ganache & juga masak Lamb Shank stew


Boleh dapatkan kek macam ni dan macam -macam lagi
di SweetRoz.blogspot.com

Sarapan pagi ni tuna, salad & timun. Boleh jugak rebus 2 biji telur & makan dengan salad.

Breakfast

Lunch - Chicken wraps (Resepi 10)

Lamb shank 

Ssshhhhhh! terbabas malam ni lepas 6 hari. Makan secubit kek birthday! Tak leh tahan la beb dinner kat rumah bonda ada sambal tumis petai (jamah sikit but ni takpe), chicken pie (ni tak boleh! tengok je la...), roast chicken (definitely can lorr!), triffle (hu hu no no no), salad daging thai style (ni makan dgn banyak nye sambil tengok org lain makan nasi ngan sambal petai) adoyaiiiii dugaan dugaan

Tuesday 13 November 2012

Resepi 9 - Let's go Korean!

Akak ni memang suka masak. Bila jemu makan Melayu (yang sudah semestinya nasi & lauk) akak akan buat menu western, japanese, korean, chinese, indonesian ..... whatever yg terlintas di kepala. Kekadang tu pening nak fikir masak apa. Di rumah menu untuk breakfast - lunch - dinner berlain. Seingat akak la memang tak penah hidang the same dish twice dalam jarak few weeks. Perangat lauk pun jarang la sangat. so just imagine berapa banyak resepi akak kena pikir n standby dalam kepala nih :D but I LOVEEEE cooking n enjoy (minus part kemas n membasuh hehe ... sib baek ada bibik)

Now let me share with you resepi ala2 Korean gitewww. Let's go Korean!

Sup tauhu dam kimchi



Bahan - bahan :
Tauhu lembut - di potong dadu (tauhu telur pun boley)
Bunga kobis
Kobis
Wakame - seaweed kering
Kimchi @ paste kimchi - dptkan di kedai Korea @ Tesco, Giant
Stok ikan bilis

Macam ni cara nak masak nye ....

- Sediakan stok ikan bilis (rebus ikan bilis dengan air kemudian tapis buang ikan bilis)
- Didihkan stok, masukkan tauhu, bunga kobis. masak hingga bunga kobis agak lembut
- Masukkan kobis, wakame & kimchi paste

Info mengenai kimchi : 


Ni kimchi buatan sendiri (fresh lagi - hari kejadian)


Kimchi, di sebut KIM-chee amat popular dalam masakan Korea. Orang Korean makan kimchi baik utk sarapan, lunch atau makan malam. Even Korean astronauts even eat a special kind of kimchi to prevent constipation.
Asal nya ia adalah cara penyimpanan sayur-sayuran semasa musim sejuk. Ia merupakan campuran kobis napa (chineese lettuce) dan lobak putih. Tapi ada jugak versi yang di campur daun bawang, timun dan carrot. Sayur-sayuran ni kemudian di campur bawang putih, halia, udang kering, paste cili (lebih bagus cili pepper Korea), garam, gula, sos ikan. Kimchi yang di simpan akan menapai (mcm buat tapai tu) menjadikan ia sedikit berasid, tangy dan lebih spicy. Proses penapaian (fermentation) selain dari untuk penyimpanan (preservation) menggalakkan  pertumbuhan healthy probiotic bacteria dalam usus (macam Vitagen tu ...) In fact, kimchi is higher in lactobacilli — one of the probiotics that can help alleviate digestive problems, such as an upset stomach — than yogurt.
Kimchi adalah makanan rendah kalori, lemak & gula; tinggi kandungan fiber; packed with vitamin A, vitamin C and iron. 

Yang lebih bestnye ..... some studies have reported a connection between kimchi consumption and weight loss, as well as a lowering of blood cholesterol levels. kalau ye pun nak kurus cepat hati-hati jangan over consume sbb kimchi juga di kaitkan dengan gastrik jika terlampau banyak mengambilnya oleh kerana kandungan asid dlm kimchi. 
(Sumber rujukan : Krazy for Kimchi : health benefits - http://www.hellawella.com/krazy-for-kimchi-health-benefits-how-to-make-it-how-to-eat-it/10212)

* Kalau nak kimchi buatan sendiri ni (yg terjamin bersih - suci - halal) boleh dptkan di SweetRozkitchen.blogspot.com (blog biz akak) emel order di sweetrozkitchen@gmail.com

Resepi 8 dari Indonesia

Entri kali ni adalah resepi bonda. Kenapa Indonesian? sebab ..... pakai daun salam dan buah keras. dua bahan ni jarang ada dalam masakan melayu

Masak lemak ayam daun salam 

Bahan-bahan :
Ayam - di potong kecil
2 cawan santan
Bawang merah, halia, buah keras (2,3 biji), 2 biji cili merah, kunyit - di tumbuk halus
Garam
Daun salam (bay leaves)

Cara-cara nya :
- Panaskan minyak & tumis bahan-bahan yg di tumbuk sampai naik bau/minyak
- Tambahkan ayam, masak hingga separuh masak atau dah agak kecut
- Tambah santan, garam
- Masak hingga agak kering
- Boleh di hidang bersama sayur kailan, sayur campur, sawi goreng dll.


adoiii kalau gu ngan nasi @ roti memang la sodappp :D
Cuba lah resepi ni ye! 

Resepi 7

Ayam Paprik

Bahan-bahan:
Ayam - di potong kecil
Bawang putih & bawang besar - potong dadu
Halia - di hiris
Cili kering - kisar (atau cili boh)
Tomato - di kisar
Cili padi
Kacang buncis
Carrot
Serai - di ketuk
Daun limau purut
Sos ikan - Nampla
Air masak


Cara penyediaan :
- Tumis bawang-bawang hingga layu
- Masukkan ayam, goreng hingga separuh masak
- Tambah serai, halia, daun limau purut, cili padi, cili kisar, tomato
- Tambah air, sos ikan
- Masak hingga ayam empuk, masukkan sayur 
* kalau nak kuah pekat bancuh tepung jagung dgn sedikit air, curah masa ayam mendidih
boleh letak cendawan kalau suka

Siapa kata dengan plan ni kita akan rasa lapar? Tak lapar kan kalau makan camni? Cuma takde nasi je. Nasi boleh cuma 20g je (tapi personally la kalau makan 20g je baik tak yah langsung kut sbb buat geram je .... nanti takut terbabas lak portion nasi sbb lauk sedap sangat :D) Kalau ikut Kevin Zahari (the fitness trainer) orang melayu tak boleh lari dari nasi. Kalau nak makan nasi pastikan hanya sebanyak segenggam tangan kita 

Selamat Mencuba & Selamat menjamu selera!

Rumpai laut atau Seaweed

Nori/Laver

Roasted Laver flakes

Nori Sheet (imej dr google

Seaweed is one of the greatest health secrets - a true "super food". Bagus utk kesihatan kerana kaya dengan iodine dan zat besi (iron) serta tinggi kandungan protein. Ia juga sumber vitamin C, vitamin A, potassium, magnesium and riboflavin (B2). 

Not only does it have all these nutritional riches, it is also a low-fat food!

The fact is seaweed is packed full of much-needed vitamins and minerals, including some 
some relatively rare trace elements. 

(sumber : Seaweed Health Benefits - http://www.greenfootsteps.com/seaweed-health.html)

Resepi 6

Tuna salad with seaweed

Bahan - bahan :
1 tin tuna (chunks in brine @ oil)
2,3 daun salad (jenis salad bergantung)
Timun, Tomato - optional
1 keping cheese - optional
Seaweed - sesedap rasa

Cara penyediaan :
Very, very d simple. Boleh jugak di buat snack (utk minum pagi @ petang)

- buangkan air/minyak dari tuna chunks. Panaskan dlm microwave lebih kurang 10s
- basuk salad dan tos utk keringkan. Racik/Koyakkan daun salad dgn tangan atau kalau nak gunakan pisau
- tambahkan timun, tomato, cili padi hiris (kalau nak pedas)
- tambah seaweed & cheese
Sedia utk di makan



Seaweed ni boleh di beli di Cold Storage (sepeket RM3.90)
atau di kedai grocery Korea
(Ingredient : Laver, Corn Oil, Sesame Oil, Sugar, Salt)

Entri mengenai seaweed dan khasiatnya di post yg lain ye .....

Resepi 5

Beef Spare Ribs

Bahan-bahan :
Daging - bahagian tulang, rusuk
Rempah - utk perapan
Bawang putih & Bawang besar (Holland/Bombay) - di potong dadu
Batang saderi (celery), Carrot - di potong dadu
Cili kering - di gunting kecil (kalau nak pedas)
Lea & Perrins (L&P) Worchester sauce
Garam
Minyak zaitun / Kelapa sawit - untuk menumis
Air @ stok daging

Cara-caranya :

  • Perap daging dengan bwg putih, bwg besar, sos L&P dan rempah (Roz guna rempah arab, nak guna rempah kurma, rempah daging kawah pun ok - basically bahan-bahan rempah ada jintan manis, ketumbar, bunga lawang, kayu manis dll.) Perap paling kurang 1/2 jam biar bahan-bahan semua meresap
  • Tumis bawang putih & bwg besar sampai layu
  • Masukkan daging, 'goreng' sampai daging agak brown
  • Campur cili kering, celery, carrot sampai agak layu
  • Campur kan air @ stok daging. Biar mendidih
  • Tuang ke dalam bekas tahan panas bakar dlm oven suhu 220oC sampai agak kering dlm 15 - 20 minit (daging boleh jugak dilembutkan guna pressure cooker)

Day 5

Diam tak diam dah masuk hari ke-5. Tadi curi-curi jugak naik atas timbang :D (seelok-eloknya tunggu seminggu baru timbang ye sbb takut kecewa kalau timbang berat tak turun then terus patah hati nak teruskan plan ni) Ingat lemak-lemak tu dah lama terkumpul dan dikumpulkan so takkan dlm sekelip mata boleh dihilangkan .... betul tak? 

Ekceli ada satu cara mcmana nak turunkan berat badan dengan cepat. Tapi ni hanya di galakkan kalau kita desperate sangat nak badan kecik sikit dlm masa seminggu. Mungkin ada reunion sekolah (of course nak nampak at least comei masa cam zaman sekolah dulu kan ... kalau tak pun lebih vogue!) semakin usia meningkat kita ni (especially ladies) kalau pandai jaga diri & penampilan akan nampak lebih vogue dr zaman hingusan dulu ... hehe. Mungkin ada wedding yg nak attend, atau wedding sendiri atau ada majlis penting yg harus nampak menarik. Caranya ikut The Cabbage-Soup diet. Akak dah penah cuba memang berkesan! Nanti kita kongsi cara nye ye ..... bukan hari ni ok

Sarapan di mulakan dengan Basmallah & menu mcm ni .....

Telur dadar (2 biji) ngan tomato. Jangan lupa tabur cili flakes (nak boost metabolism)

Ayam masak lemak daun salam (bay leave) - Resepi 8
Makan dengan sayur campur tapi NO NO NO Nasi ok

Sup kimchi dgn tauhu lembat, kobis & bunga kobis (cauliflower)
Resepi 9
Satu lagi cara nak tingkatkan metabolisma supaya badan tu membakar dengan lebih tinggi buat segelas air lemon (suam) campur dgn 1/2 sudu kecil serbuk cili cayenne (cayenne powder) Boleh dapat serbuk ni kat bahagian rempah-rempah kalau di Tesco & Giant. Yg dlm botol tu jenama McCormick @ lain-lain asalkan cayenne. 
AMARAN! Jangan buat selalu ye sbb takut perut tak tahan. Rasanya pedas & masam.

Actually kalau ikut diet the mapple syrup detox yg mcm kat pusat perlangsingan tu ini lah resepinye except dlm minum tu di tambah mapple syrup (but no sugar allowed in this plan alright!)

Day 4

As Salam .... Good Morning!
(as I'm writting I am already in my 10th day in the program and feeling great! I've already lost abt 2.5kgs)

Tapi geram jugak tengok kat blog org lain yg buat plan ni boleh turun lebih 10kilo dlm 2 minggu yg pertama (Phase 1). hmppphhh! kalau di amati semula most of them memang memunyai berat badan yang amat berlebihan in the start. Mungkin sbb tu kut .... (mode nak menyedapkanhati sendiri) Anyway Roz akan tengok lepas 2 minggu ni timbang semula ada perubahan ke tak. Butttt at least dah turun sikit tu is a good sign :D

Pada yg mengikuti blog ni ... Amacam? Dah mula blum? or ada part yg tak faham pasal plan ni? Kalau nak keterangan lanjut tinggalkan komen di bahagian Comments selepas entri ni. Memang banyak lagi kekurangan blog ni esp on the plan in general. Rujukan blog lain yg di beri tu dah tengok blum? Blog Dzul tu ada details of the plan. Nanti bila agak kelapangan Roz buatkan tab ye on the plan utk memudahkan rujukan.

Ok seperti biasa entri ni on menu Sarapan, Mkn Tenghari, Mkn Malam beserta resepi. Nak memudahkan cara buat perancangan menu (FOOD DIARY) utk seminggu mcm ni :
Link dari Dzul di Saya Nak Kurus

Dengan cara ni senang nak siapkan menu & boleh oleh ikut selera.

Menu hari ni -

BREAKFAST : Tuna salad with seaweed
(Resepi 6)

MAKAN TENGAHARI :
Ikan cencaru sambal, paru goreng, sayur kacang kelisa/botol & bendi

MAKAN MALAM :
Ayam paprik (Resepi 7)
Jangan lupa minum air banyak-banyak ye .... Since plan ni banyak makan protein jd akan mungkin ada masalah nak ke toilet (a.k.a pembuangan) Kalau mengalami masalah ni maknanya kita kurang minum air. Satu lagi cara nak menambah fiber dlm badan supaya senang pembuangan nanti cuba makan sayur-sayuran yg berdaun hijau mcm kailan & juga sayur-sayur yg banyak fiber mcm brocolli, cauliflower


Sunday 11 November 2012

Resepi 4

Stuffed red bell pepper

Bahan-bahan:
2 red bell pepper/Capsicum/Lada benggala - sederhana besar
Daging burger ayam - jenama Ramli (saiz hidangan 70g = 7.6g carbo)
Bawang putih & bawang besar (Holland/Bombay) - di cincang
1 biji telur
Cream
lada sulah




  • Bersihkan & potong bell pepper (potong 1/4 dr penutupnya). Bersihkan isi dalamnya
  • Cincang daging burger, bawang putih & bawang besar
  • Tumis bawang dengan minyak zaitun kemudian masukkan daging burger cincang
  • Setelah masak ketepikan


  • Sediakan telur bersama lada sulah & cream
  • Kacau sebati


  • Sumbatkan bell pepper dengan bahan yg di tumis tadi
  • Tuangkan telur (tujuan telur utk melekatkan isi kepada bell pepper)


  • Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15min (atau sehingga bell pepper nampak agak layu) pada suhu 150oC 

Hasilnya lepas di bakar

Keratan rentas
Isi bell pepper rasanya manis dan harum

Tips :
Kalau nak pedas taburkan dengan cili flakes atau masa menumis daging burger tadi letakkan hirisan cili padi


Selamat mencuba!

Resepi 3


Pan-fry salmon

Bahan-bahan :
2 keping ikan salmon
Serbuk cili
Garam / Kicap cair
Worchester (Lea Perrins) sauce - nak hilangkan bau hanyir ikan
Bawang putih & bawang besar - di cincang
Green bell pepper / Capsicum
2 sudu minyak zaitun - untuk menggoreng
Salad



Cara penyediaan :
Perap ikan dengan serbuk cili dan garam
Pan fry dgn minyak zaitun
Bila ikan dah agak masak campur bell pepper
Hidang bersama salad

Selamat Menjamu Selera!

DAY 3

Hari ni badan rasa mcm menggeletar, jantung berdebar-debar. Mungkin sbb badan tengah bekerja keras memproses protein dan juga sbb badan kurang menerima gula. Roz ni lemah sikit dengan benda-benda manis.

I have such a sweet tooth! Favourite : ice cream, kek, coklat. Yummyyyyy

Selalunya (sebelum buat plan ni) mesti nak men'yumbat' makanan manis kepada badan ini ... bukannya tak tau kalau makan berlebihan nanti jadi gemuk. Tapi those foods are too good to resist!

nak hilangkan rasa berdebar tu Akak minum air & teh hijau. Hopefully akan recover. 

Sarapan pagi ni


Omelette (2 biji telur) dgn daun ketumbar & serbuk cili
bersama tomato

Stuffed red bell pepper bersama burger ayam cincang
(sila tengok Resepi 4 untuk resepinya)

Beef spare ribs
(Resepi 5)
Roz ni memang suka memasak so i find it quite difficult cooking spaghetti, pie, pizza, meatloaf, nasi utk family tapi sendiri tak boleh jamah huhu. Cara masakan pun simple-simple je suka main campak-campak (takde sukatan tertentu - ikut sesedap rasa) Kekadang kalau buat tuna sandwich @ sandwich telur pun dah boleh kenyang tapi sepanjang plan ni roti adalah makanan yg di larang

Kalau nak menu yg agak Melayu sesuai dengan selera cuba tengok blog OhMyLiza ni


Resepi 2 - Ayam pan-fry

Ayam pan-fry bersama cili kering

Bahan-bahan :
Ayam
Cili kering - di bersihkan dan digunting kecil
Bawang putih - di cincang
Bawang besar (Halland/Bombay) - di cincang
Garam
Tomato - di hiris
Daun salad
Minyak zaitun (2 sudu) - untuk menggoreng
Serbuk kari - optional


Isi ayam yang di pan-fry 

Cara penyediaan :
Perap ayam dengan garam (letak serbuk kari kalau nak lebih perasa)
Panaskan kuali/pan. Letak minyak zaitun
Tumiskan bawang-bawang di ikuti cili kering
Masukkan ayam. Pan-fry/Goreng hingga masak

Makan bersama salad & tomato @ sayur-sayuran pilihan

Selamat menjamu selera!

DAY 2

Hari ke-2 di mulakan dgn minum air 2 gelas sebaik bangun tido. 

Breakfast pagi ni 
2 biji telur rebus, salad & tomato
dlm plan ni mayo dibenarkan tapi hati-hati dengan kandungan carbo nya. Brand: Kraft. Kandungan carbo per 15g = 1g je. Lemak (fat) lain yg dibenarkan butter, minyak zaitun, cream (tapi susu tak boleh ye)

Plan ni bukan utk mengurangkan berat badan melalui pengurangan kalori tapi untuk menggalakkan badan membakar lemak.Kalau kita masih supply badan dengan karbohidrat dr nasi, roti & yg sewaktu dgnnya badan kita akan utamakan pembakaran karbo tu dulu n lemak yg berlebihan akan di simpan (sbb tu jadi gemuk & badan berketul-ketul di tempat yg tertentu)

Menu makan tengahari & malam 


2 keping ikan salmon, green bell pepper & salad
(untuk resepi sila ke Resepi 3)

ikan tongkol bakar, sambal tumis udang & sayur watercress
Semua jenis makanan laut dibenarkan kecuali sotong & tiram sbb kandungan karbo yg tinggi

Minum pagi & petang : teh hijau bersama lemon

Dan cabarannya bermula ... DAY 1

AsSalam 

Dan bermulanya cabaran mengurangkan berat berlebihan untuk kehidupan yang lebih sihat. 
Sihat - bebas penyakit - lebih bertenaga - body yang lebih menarik (for own self-confidence & of course utk beloved hubby)

Plan ni mengikut rujukan dari blog Dzul di sini. Nak tau lebih lanjut pergi la kat blog tu ye. Basically this diet is about low carb - high protein & lots of veggie. Tujuan nak mengurangkan karbohidrat spt nasi, roti, mee hoon, kuetiaw dan lain-lain yang secategory dgnnya supaya badan kita membakar lemak yg dah si simpan (berbulan-bulan @ maybe bertahun-tahun) yang berkumpul kat lengan, pinggang, perut dan pinggul. Memang di akui agak susah juga nak mulakan tapi macam Roz kata di awal blog ni - Prelude mesti ada Will Power yg KUAT! Fullstop. Baru la menjadi ...

Jangan anggap plan ni macam diet tapi nak badan yang sihat (especially umur mcm Akak ni ha yang meningkat memang akan adalah masalah berat badan kalau tak di jaga) 

Kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi yang boleh tolong .... Betul tak?

Plan :
Mulakan setiap pagi dengan minum at least 2 gelas air kosong (ada gak dengar petua yg seelok-eloknya minum tu jgn gosok gigi dulu ... masa bangun tido dlm mulut kita ni byk enzyme amylase yg membuat dlm penghadaman makanan) Jangan lupa mula kan dengan Basmallah dan lebih elok selawat ke atas Nabi s.a.w sebyk 3 kali 

Makan 5 kali sehari - Breakfast, Minum pagi, Lunch, Minum petang, Dinner
(tujuan nak mengujakan pembakaran lemak-lemak iteww & juga so that badan tak rasa lapar)
Ingat! dlm plan ni jangan sekali-sekali kurangkan makan ye & jgn bg perut tu berasa lapar

Contoh breakfast - Hari pertama

Telur dadar (2 biji) + Sosej + Bwg putih & besar + Parsley + Cili flakes
bersama salad
* Cili mengandungi capsaicin yg membantu dlm pembakaran lemak. The hotter the better!

Minum pagi & petang : Teh hijau & lemon 1 jag. 
Since ni hari pertama, so masa minum pagi Roz ambik 2 slice cheese (dlm plan ni dibenarkan ambil karbo tak leh lebih dr 20g. 1 slice cheese tu 1g je carbo. Cheese jenis ni :

Brand  : Lembu Ketawa :D 
Menu tengahari : sebelum makan ~ 2 gelas air 

Ayam (bahagian dada) yang di pan-fry dgn cili flakes + daun ketumbar
bersama salad & tomato
 Masa ni perut rasa full sangat. Mungkin sbb air juga membantu badan kita rasa 'full'. Minum air lepas 1/2 jam makan ye ... so that body dpt digest protein yg di ambil td

Dinner :
Ayam yg dimasak dgn cili kering bersama brocolli 

nanti Akak bagi resepi ok!

Perasaan hari pertama - agak susah jugak sbb walaupun Roz boleh hadkan pengambilan nasi tp selalu Roz ambik roti tp ni roti pun tak boleh (buat sementara waktu je ni ......)




Wednesday 7 November 2012

Food for DETOX

Ni senarai buah-buahan dan sayuran untuk plan 1-Day Detox
(Roz tak senaraikan semuanye .... pilihan ini yg dirasakan sesuai dan senang nak cari)

Fruits
Apples - contain vit E, which improves endurance and stamina of muscles and nerves, protects respiratory system from toxins. Good source of vit A and C, biotin folic acid & quercetin (an antioxidant that helps lower fat & cholesterol
-----> mengandungi quercetin (antioksida) yang membantu menurunkan lemak & kolesterol

Grapes - contain ellagic acid (have anti-carcinogenic effects), high levels of manganese ('memory' mineral), helps maintain sex hormone production and assist in formation of healthy red blood cells. Good source of silicon, which helps circulation, prevents nervous exhaustion and is essential for healthy skin, hair & teeth
-----> kesimpulannya bagus untuk perjalanan darah & fungsi badan

Lemons - excellent source of phosphorous required for repair and healthy functioning of the nervous system. Good source of sodium, which assists in proper elimination of waste and cleansing the lymphatic system, and helps stimulate the liver and gallbladder
-----> untuk men'cuci' dalaman dengan lebih berkesan
*minum jus lemon dalam air suam (ratio 25:75) pada waktu pagi dlm keadaan perut kosong bagus utk hati (liver)

Veggie (ingat! ambik mentah ye ...)
Brocolli - high in folate and vit. A, calcium, phosphorous, which help build and maintain strong bones. Also stimulates liver
-----> bagus utk hati dan tolong yg kuat & sihat

Carrots - packed with nutrients incl. vit A and C, cleanse, nourish and stimulate the body particularly liver, kidneys, digestive system
-----> membaik pulih, membersih badan

Cucumber - conatins high levels of vit. E and iodine for healthy hair, nails, skin, teeth and thyroid function. Helps prevent water retention
-----> bagus utk pertumbuhan yg sihat




The beginning

Been having a weighty issue lately (who hasn't ?!) if you are the lucky ones who don't have to worry about de Bulge then Salute! I envy you .....

Lebih terbako keinginan to Battle de Bulge sejak baca blog Saya Nak Kurus ni. Alahaiiii kenapa tak jumpa dari dulu lagi eh kalo tidak sure dah ghupe cam Super Model hehe. Tabik juga pada OhMyLiza yang gigih menjalani kehidupan yang lebih sihat TANPA lemak

Zaman bekerja kat ofis dulu lebih mudah nak diet ni. Tapi sekali sekala tu memang terbabas gak tapi senang to get back in track coz there's so much to do than to think of food food n more FOOD! Since becoming a full time Domestic Manager n baking by the sides I find it a bit wee difficult. I could always maintain at 60-62  kilos (btw that it slightly obese for me *duhhh*) but find it very very de difficult to pass below 60. Used to weigh like 52kg before delivering my youngest boy and managed to maintain below 55kg for a while. Apa yg terjadi di persimpangan membuat weight ni naik membuak-buak susah nak explain .... kui kui. Bukannye tak perasan ... hubby pun dah banyak kali perli but I chose to ignore. I know that something must be done.

First n foremost : MUST have a STRONG will to start this

Kalau nak ikut readiness on Battling de Bulge mentally I am ready cuma actually belum habis buat research lagi but it has to start sooner or later.

and that's why I decide on this blog to keep a tab on my progress. Perhaps with having this I can get support, advice, share the journey with viewers and bloggers out there


Sincerely,
R