LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, 13 November 2012

Day 5

Diam tak diam dah masuk hari ke-5. Tadi curi-curi jugak naik atas timbang :D (seelok-eloknya tunggu seminggu baru timbang ye sbb takut kecewa kalau timbang berat tak turun then terus patah hati nak teruskan plan ni) Ingat lemak-lemak tu dah lama terkumpul dan dikumpulkan so takkan dlm sekelip mata boleh dihilangkan .... betul tak? 

Ekceli ada satu cara mcmana nak turunkan berat badan dengan cepat. Tapi ni hanya di galakkan kalau kita desperate sangat nak badan kecik sikit dlm masa seminggu. Mungkin ada reunion sekolah (of course nak nampak at least comei masa cam zaman sekolah dulu kan ... kalau tak pun lebih vogue!) semakin usia meningkat kita ni (especially ladies) kalau pandai jaga diri & penampilan akan nampak lebih vogue dr zaman hingusan dulu ... hehe. Mungkin ada wedding yg nak attend, atau wedding sendiri atau ada majlis penting yg harus nampak menarik. Caranya ikut The Cabbage-Soup diet. Akak dah penah cuba memang berkesan! Nanti kita kongsi cara nye ye ..... bukan hari ni ok

Sarapan di mulakan dengan Basmallah & menu mcm ni .....

Telur dadar (2 biji) ngan tomato. Jangan lupa tabur cili flakes (nak boost metabolism)

Ayam masak lemak daun salam (bay leave) - Resepi 8
Makan dengan sayur campur tapi NO NO NO Nasi ok

Sup kimchi dgn tauhu lembat, kobis & bunga kobis (cauliflower)
Resepi 9
Satu lagi cara nak tingkatkan metabolisma supaya badan tu membakar dengan lebih tinggi buat segelas air lemon (suam) campur dgn 1/2 sudu kecil serbuk cili cayenne (cayenne powder) Boleh dapat serbuk ni kat bahagian rempah-rempah kalau di Tesco & Giant. Yg dlm botol tu jenama McCormick @ lain-lain asalkan cayenne. 
AMARAN! Jangan buat selalu ye sbb takut perut tak tahan. Rasanya pedas & masam.

Actually kalau ikut diet the mapple syrup detox yg mcm kat pusat perlangsingan tu ini lah resepinye except dlm minum tu di tambah mapple syrup (but no sugar allowed in this plan alright!)

No comments:

Post a Comment