Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Monday 10 December 2012

Kekadang perlu Cheat Day

Tapi sehari je tau .... jangan pulak berhari-hari

Kenapa perlu Cheat Day? The reason?

Nak bagi signal kat body kita supaya membakar lebih lagi. What??? Camne cheat tapi masih turun berat badan?

Well I found it works! by accident :D

Ingat tak last entry haritu pasal mentekedarah/melantak masa cuti ngan family hari tu? well surprise! surprise! Hari ni masa Akak naik penimbang jarum tu tunjuk MINUS 1 kg! 1 KG! fuyoooo suka sangat Akak

Camner boleh jadi camtu? Badan kita ni sebenarnya boleh di 'program'. Dalam apa juga program menurunkan berat badan ni there will come a time when the scales won't budge. Even a few grams. Itu la yg di namakan plateau. Bila badan dah terbiasa ngan berapa banyak makan yg kita limit, tak kira la ikut program apa pun - be it meal replacement, low fat diet, low calorie diet etc etc mesti ada yg akan experience masa-masa plateau ni. Just don't give in if this happens. Kuatkan lagi semangat untuk meneruskan The Plan

Ingat ... dah berapa lam kita menyimpan lemak-lemak berlebihan tu. So takkan boleh 'hilang' dalam masa yg singkat. ye dak?

Lepas Akak cheat ngan senang hatinye (tapi masih lagi dlm keadaan terkawal) balik je dari holiday Akak sambung balik The Plan. Mula balik ambil protein, veggie, fruits (ye ... dah mula tambah buah cuma berhati-hati cari lah buah yg tak tinggi sangat kandungan gula nye) n low carbo. Minum pun mesti sekurang-kurang nye 2,3 liter

Enjoy your CHEAT Day! *peeps*

Monday 3 December 2012

Haihhhh melantak tak ingat donia? Gemuk balik ke?

AsSalam semua ... masih gigih on The Plan?

Sori lama tak update blog ni sebab 2 minggu ni a bit bz berkursus - kursus pemasaran & kursus keusahawanan industri SPA :D Akak dalam perancangan nak bukak Day Spa di Bangi nih sebab tu beria-ia nak loose some weight. Pengusaha mesti la tip top baru la pelanggan confident untuk merawat masalah kecantikkan mereka ... ye dak?

Sepanjang berkursus maknanya kena makan di luar rumah. Tak susah dik ... Kak Roz ambik teppanyaki ikan (minus the rice) atau lauk (ayam goreng, ikan bakar) dengan banyak sayur. alhamduilillah mengenyangkan cuma tak dapat nak minum banyak air (paling byk pun dlm 1.5liter) sebab kena kerap ke tandas. nanti terlepas pulak tips @ point2 penting masa kursus tu ...

Lepas 6 hari brturut-turut berkursus Akak n hubby bawak anak gi jenjalan ke Perlis naik train. Budak2 punya la seronok dpt tido dlm cabin/berth. Perjalanan dr KL Sentral pukul 9.20 malam n tiba di Arau, Perlis pukul 7.30 keesokkan paginye. For breakfes kami dah pekena nasi ganja a.k.a nasi kandar di pasar baru Kangar. Aduhhh Akak kena kuatkan semangat teruskan plan ni sbb perlu turun at least 5 kilo lagi. So ambik lauk ayam goreng ngan sayur kacang bendi rebus. suap juga la 3,4 sudu nasi ngan kuah banjirrr ...

Dah di Perlis, acara shopping di Padang Besar acara wajib! For luch we had seafood tomyam, daging masak merah, kailan goreng n kerabu mangga. Kak Roz ambik juga la nasi tapi setakat 1 1/2 genggam.

The thing about when you are on the Plan is that u tend to feel full very quich even tough not taking rice. I guess it's the drinking a lot of water and stuffing up on proteins and veggies. Masa brcuti ni Akak tak berapa nak strict observing The Plan sbb nak jugak indulge sikit2. One thing I realize is that selepas lama tak minum air yang manis2 tu your taste buds has gotten quite accustomed to it. Bila minum air manis sikit terasa sangat kemanisannya. Kalau makan kat luar Akak ode air limau suam tana gula. Banyak lagi minuman yg boleh di nikmati macam teh O limau panas, teh O panas, air lemon suam, teh hijau (make sure tak letak gula okay)

4 hari brcuti sempat la indulge on 1/2 red velvet cupcake (nak merasa resepi cupcake di perlis), 4 durian crepes (buat sendiri as requested by my aunt), dekat 1 cawan buah berangan, 1 cawan nenas, 1 cawan mangga, 1/2 kilo manggis, 1 keping apam balik, 1 cawan kacang pol rebus, 1 mangkuk laksa siam & 1 mangkuk bihun sup. The DAMAGE?

Sampai je kat rumah the next morning apalagi?? naik atas penimbang la beb check weight. To my surprise!!**&&!! after all those food scale menunjukkan tambahan 1/2 kilo lebih. Fuhhhh legaaa! Hmm ... maknanya badan dah boleh tolerate makanan lain (carbo most of it) tapi masih lagi dlm kuantiti yg terkawal. Today I'm back on track but will be introducing a little bit of carbo in the Plan.

So .... pada yg belum mencuba lagi apakata mulakan The Plan esok.

First, have that last bit of indulgence - be it a slice or slices of that heavenly cheesecake, that irresistable ice cream, that to-die-for tiramisu. Then 1,2,3 get set GO!

p/s: at least start with the 1 day detox first to get ur body ready for a new healthier,  leaner YOU