LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Monday, 19 November 2012

DAY 15 cer timbang sikit!

Phewww dah Day 15
Hari ni nak timbang sikit kut-kut turun lagi

Yippie yeayyyy!
Turun lagi 1kg - gilosss punya la happy :D
The hard part ----> nak maintain supaya mencapai target - 52kg

Kalau ikutkan program Atkins, if u have like less than 10kg to loose dah boleh mula OWL (Ongoing Weight Loss) meaning dah boleh tambah net carbo dalam pemakanan

Akak rasa nak sambung lagi seminggu kut Induction ni n see how it goes sbb next week nak gi holiday bawak anak-anak ke Perlis naik ketapi Express Senandung Malam. 

Balik Perlis sinonim ngan Food, Food, Food. Phewww! Pulut ayam, cendul, ikan keli restoran Pokok Sawa, Tom Yam (Padang Besar), Laksa Kuala Perlis, Nasi Ganja. Adoiyaiii hubby dah bagi warning tak leh makan itu semua .... Let's see how it goes. Takde la nak mentekedarah (mencekik) sampai tak ingat perut

Hmm ...
Dah ada ke yg mengikuti plan ni? Cuba la. Meh la kongsi experience di sini. Kut-kut ada resepi yg best ke boleh la share. 

Pada yg berat badan 60kg or less jangan keciwa kalau jarum penimbang tu tak turun laju. Loose it slow n steady. Ye la lemak-lemak tu bukannya boleh loose overnight! Dengan pemakanan yg betul dan terkawal insyaAllah akan turun jugak scales tu tambah ngan exercise lagi bagus. Cara ni kita akan dapat keep/maintain weight loss dgn lebih berjaya. Takde la jadi cam yo yo effect jap turun-jap naik.

Tapi kalau dah badan cam Yours Truly ni, yg dah beranak 4 kali, operate plak tu, to loose 1,2 kilos in 2 weeks memang a fantastic feat indeed bebeh! Tak payah nak makan meal replacement, susu *ajaib*, pil *ajaib*, shake *ajaib*, jus *ajaib* berbagai ... camne pun dlm plan tu kena kawal pemakanan gak n minum air banyak,banyak,banyak. Cer buat semua tu without the additional props sure turun nye deh. Anyway the additional props tu mungkin ada nolong sikit-sikit but WHY waste money when all u need is a good plan n lots of WILL POWER

No comments:

Post a Comment