Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Monday 30 September 2013

Bakar lemak itu!

Fuhhh ganas bunyinye entri kali ni kan ....

Bakar, bakar, bakar lemak itu!

Macamana caranya??  Tentu lah dengan cara pemakanan yang sihat dan juga exercise

Hari ni nak share satu lagi resepi mudah untuk breakfast atau boleh juga buat post workout.

Blend atau shake ni ada sumber protein, vitamin dan juga fiber -----> Strawberry protein shake with probiotics

2 hari lepas masa Roz grocery shopping di Giant di dairy aisle terjumpa produk ni - yoghurt drink.  Mula nya dah capai 2 cup natural yoghurt tp bila dah nampak yg ni terus letak balik yoghurt td. Rasanya produk baru ni - Yoghurt drink jenama Farm Fresh

Resepi :
1 gelas yoghurt drink
5 biji strawberry
1 scoop soy protein powder ( boleh juga whey protein )
- blend dan sedia utk di minum

*brhati2 membuat pilihan produk protein samada soy atau whey especially sugar content
Remember I mentioned abt sugar the major saboteur in weight loss.  Look out also for high fructose/glucose syrup @ corn syrup.  Itu pun boleh sabotaj usaha mengurangkn berat badan

Sedikit info mengenai kebaikan buah strawberi dlm penurunan badan. Buah ni membantu pengurangan berat badan dgn 3 cara :

1. Menggalakn badan menghasilkan hormon yg akan menaikkan metabolisma badan dgn tu mengawal rasa lapar
2. Melambatkn pencernaan mknn brkanji. Dpt mengawal paras guka dlm darah akibat pencernaan mknn berkanji (good for diabetics)
3. Membantu hormon yg brtindak dlm pengurangan berat badan utk brtindak dan brfungsi dgn lebih cepat
(Pembacaan lanjut di www.cbn.com/health/weightloss/strawberries

Maklumat mengenai fungsi probiotic dlm weightloss pulak. Hasil kajian yg di siarkn dlm Journal of Functional Foods mendpti probiotic membantu dlm pembakaran lemak abdominal (belly fat) dgn cara menghalang penyerapan kalori dr mknn
(www.livescience.com)

So tunggu apa lagi .... get that blender out now :D

Wednesday 25 September 2013

Sarapan apa pagi ni?

Mehhh Roz nak share apa saapan pagi ni

Bangun pagi je minum segelas air dulu & selawat. Setengah jam lepas tu baru breakfast

Breakfast is -
2 hard boiled eggs dengan tomato sprinkled with cayenne (for that extra burning boost) and a dollop of cream cheese

Happy Thursday allz!

Protein blend for weight loss

AsSalam sume ... how r u ollz doing? Ada yg dah mencuba plan dlm blog ni? Dah berapa lama? Dah berjaya turunkan berst badan? Most importantly loose some inches here n there.
Kalau ada yg dah berjaya kongsi lah di sini. Utk bg motivadi buat yg masih mencuba. Perlu ingat nak kurangkn berat badan ni doesn't come overnight.  Dah berapa lama lemak terkumpul dlm badan - di bahagian perut, paha dan lengan tu ... jadi mesti lah ambil mada jugak utk di hilangkan.
                                        
                                                     There is no short cut in weight loss

Lebih baik cara yg Roz share dlm blog ni di jadikan amalan. Ubah cara pemakanan kepada yg lebih sihat.  Jadi tak de la yo-yo effect. Lebih bagus kalau di tambah dgn senaman. Building muscle will make the body lesn nd always burning fat even though during rest hour

Baik lah ... bg yg ikut cara pemakanan dlm blog ni rentu kekdg buntu nak buat apa lg untuk breakfast kan? Hari ni Roz nak share protein shake/blend. Pilih lah protein (soy atau whey) dgn tepat. Yg penting kandungan gula nya rendah (kalau takde langsung lg bagus! )

GULA adalah MUSUH utama dlm proses menghilangkn berat badan

Protein blend with green tea,  oats dan kurma
1 scoop protein powder
(Roz ambik ESP soy dari jenama Shaklee)
1 packet green tea powder
2 scoop oat
3 pcs dates (kurma)
1 cup air masak (jgn panas ye sbb nanti protein rosak)

Masukkan semua bahan dlm blender dan blend (jgn lupa buang biji dan kulit kurma tu ye...)
Soy dan green tea mmbantu meningkatkn pembakaran lemak. Oat mmpunyai serat jd kita akan rasa kenyang lama.  Kurma pula pemberi tenaga.

Memang sedap!!!

Jangan lupa untuk minum air kosong ye sepanjang hari. Selamat mencuba!

Monday 9 September 2013

Agedashi tofu

Lamaaaa betul tak brsiaran... I see ramai yg dah mula follow.  Tq so much!

Masih lg brterusan dgn misi mengurangkn berat badan dan setakat ni masih lg maintain at 57kg. Kekdg naik la jugak sikit tp setakat half ir 1 kg je. Selepas ramadhan ni akak dah mula buat puasa sunat isnin & khamis secara consistent.

The beauty of losing weight ni is u get to fit into clothes nicely n not SNUGly anymore. Bila cuba baju kat fitting room tu nampak trletak elok jer takde la mcm sarung ***g*a lagi ....hehe. Anyway I've still got to loose my belly fat, my pouch. Setakat ni mmg dah menyusut byk. Dari 101cm sekarang dah 92cm but perut masih lembik menggeleber. Ewwwww! Itu la hasil dr 4 kali bersalin secara C-sec lepas tu tak exercise huhu
Kali ni akak tekad nak firm kan tummy nih. Give me like 2 months to update u the results
Kali ni nak kongsi resepi yg mudah & sihat untuk yg menjaga berat badan. Mlm td buat teppanyaki for dinner brsama Agedashi tofu ni

Nak resepi? Ok salin cepat!

2 keping tauhu lembut
Tepung jagung
Halia - di parut (grate)
Lobak putih - di parut
Daun bawang
Minyak - utk menggoreng

Sos :
2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu kecil gula
Sedikit cuka epal/kurma - ganti mirin (tak Halal)
1 sudu kecil stok ikan bilis @ dashi

Cara2nya :
Potong tauhu 4 bahagian. Balut dgn tisu dapur utk menyerap air
Salut tauhu dlm tepung jagung dan goreng dlm minyak panas
Goreng hingga agak kekuningan dan tos

Utk sos - didihkan secawan air. Bila dah mendidih masukkan stok ikan bilis/dashi, kicap, gula dan cuka
Cara menghidang - letak tauhu dlm pinggan, curah sos kicap kemudian letakkn halua dan lobak putih yg di parut. Akhir sekali tabur daun bawang
** versi kukus - gunakan tauhu lembut/jepun. Kukus kemudian buang air nya. Curah sos kicap dan kukys semula lebih kurang 10 minit. Hias dgn halua, lobak putih yg di parut. Tabur daun bawang
SELAMAT MENCUBA!