Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday 5 November 2013

Metabolism boosting recipe No1

Resepi yg pertama dalam siri Metabolism boosting recipe - Malaysian style chilli con carne.  Chilli con carne ni makanan Mexican yg di makan bersama taco

Roz dah ubahsuai resepi ini dengan selera ala Malaysia. Kebaikan resepi ni pertama of course la #sedap .... kedua pulak sbb ada 3 makanan yg mengalakkan pembakaran lemak which is beans, curry powder & chilli. Boleh di makan sebagai makan tengahari atau makan malam. Cuma kalau weight watching go slow on the rice ok. Roti ambik yg whole wheat atau yg low GI. Nak makan mcm tu saja pun ok sbb kenyang ....

Kacang dalam resepi ni  ialah borlotti beans yg kaya dgn vitamin C, B complex,  omega 3 & 6, fibre dan protein (yg mmg bagus untuk mengalakkan proses pembakaran). Juga kaya dgn mineral antaranya sodium, zinc, selenium, copper, calcium, manganese, magnesium, iron & phosphorus

Rempah kari pula meningkatkan metabolisma badan yg membuatkn proses pembakaran lemak lebih cekap. Chilli mengandungi capsaicin yg membuat badan burn extra calories hours after ingestion

Mesti tak sabar  resepi nya kan .... well here goes

Daging cincang
Bawang putih & bawang kuning - di cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 tin kacang (borlotti, kidney etc)
1 tin diced tomato
5-7 biji cili padi merah
Dash of L&P Worcestershire sauce
Secubit garam
Minyak zaitun

Cara2nya :
Panaskan periuk. Letak minyak zaitun dan tumis bawang2 hingga layu. Masukkan daging cincang dan sedikit L&P sauce.  Goreng hingga sedikit garing. Tambah cili padi kemudian masukkan kacang dan tomato. Masak hingga agak kering. Siap untuk di hidang

Mudah kan?

Sedap n yg paling penting sambil makan sambil meningkatkan metabolisma badan. 

Guilt free  & delicious

Tingkatkan metabolisma badan. Macamana tu?

Hmmm .... I am not the fortunate one blessed with a high metabolism body huhu

Umur dah meningkat ni di tambah dah deliver 4 baby through cesarean section body pun dah makin sluggish. Itu tanda nya metabolisma badan dah menurun. Metabolisma tu kecekapan badan kita burn calories yg masuk.

Banyak calorie masuk tapi pemprosesan oleh badan kurang cekap = pertambahan berat badan

Mulai minggu ni Roz akan share info on foods and recipes that boost up the metabolism hasil dari beberapa pembacaan. Sebaiknya mulakan dengan aktiviti detox supaya nanti proses pembakaran lebih cekap. Boleh cuba 1-Day detox yg di post di awal penulisan blog ni atau boleh buat 3-Day detox.

Hari ni Roz nak share satu cara detox yg paling mudah dengan hanya menggunakan lemon & water. Cara ni di petik dari www.amaxingherbsandoils.com. Pastikan air yg digunakan dari sumber yg bersih & bermanfaat mcm mineral water, alkaline water etc. Detox ni kena buat selama 21 hari. Masuk hari ni Roz dah hari ke 9. So far si good!

Bila nak detox?
Sebaik saja bangun pagi minum lah sekurang2nya 2 gelas air lemon suam

Apa kebaikannya?
Air memastikan badan kita terhidrat. Kulit yg terhidrat akan kelihatan lembap (moisturised) dan ia juga melambatkan kehadiran kedut pd wajah. Badan yg cukup air juga memastikan proses sistem badan spt pencernaan lebih cekap

Lemon pula mengandungi vitamin C (helps build collagen) which keeps skin taut and firm. Lemon meningkatkan kecekapan pencernaan (digestion) & metabolisma untuk membakar calorie

Hasil dari detox 21 hari ni akan meningkatkan tenaga, mengurangkn lingkaran hitam di bawah mata (eye circles), efek anti penuaan, kulit lebih cerah dan berseri juga bagus untuk mengawal berat badan

Mudah kan?
Caranya : perah setengah biji lemon ke dalam segelas air suam. Minum semasa perut kosong

Let's do it!