LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, 5 November 2013

Metabolism boosting recipe No1

Resepi yg pertama dalam siri Metabolism boosting recipe - Malaysian style chilli con carne.  Chilli con carne ni makanan Mexican yg di makan bersama taco

Roz dah ubahsuai resepi ini dengan selera ala Malaysia. Kebaikan resepi ni pertama of course la #sedap .... kedua pulak sbb ada 3 makanan yg mengalakkan pembakaran lemak which is beans, curry powder & chilli. Boleh di makan sebagai makan tengahari atau makan malam. Cuma kalau weight watching go slow on the rice ok. Roti ambik yg whole wheat atau yg low GI. Nak makan mcm tu saja pun ok sbb kenyang ....

Kacang dalam resepi ni  ialah borlotti beans yg kaya dgn vitamin C, B complex,  omega 3 & 6, fibre dan protein (yg mmg bagus untuk mengalakkan proses pembakaran). Juga kaya dgn mineral antaranya sodium, zinc, selenium, copper, calcium, manganese, magnesium, iron & phosphorus

Rempah kari pula meningkatkan metabolisma badan yg membuatkn proses pembakaran lemak lebih cekap. Chilli mengandungi capsaicin yg membuat badan burn extra calories hours after ingestion

Mesti tak sabar  resepi nya kan .... well here goes

Daging cincang
Bawang putih & bawang kuning - di cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 tin kacang (borlotti, kidney etc)
1 tin diced tomato
5-7 biji cili padi merah
Dash of L&P Worcestershire sauce
Secubit garam
Minyak zaitun

Cara2nya :
Panaskan periuk. Letak minyak zaitun dan tumis bawang2 hingga layu. Masukkan daging cincang dan sedikit L&P sauce.  Goreng hingga sedikit garing. Tambah cili padi kemudian masukkan kacang dan tomato. Masak hingga agak kering. Siap untuk di hidang

Mudah kan?

Sedap n yg paling penting sambil makan sambil meningkatkan metabolisma badan. 

Guilt free  & delicious

No comments:

Post a Comment