Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Detox. Show all posts
Showing posts with label Detox. Show all posts

Monday, 24 March 2014

Weight loss potion!

Wahhh lama tul tak bersiaran ....
Bukannya dah lupa nak jaga badan ... Cuma tak sempat je nak kongsi di sini
Masih lagi mengamalkan juicing setiap hari ... Banyak photo tersimpan dlm handphone cuma tunggu time je nak transfer ke sini
Hari ni meh nak kongsi satu lagi rahsia .... Ekceli tak sabar nak share penemuan ni ...

Weight Loss Potion!
(Nak terjemah buat title lebih catchy tapi tak jumpa plak perkataan bahasa melayu yang tepat)

Resepi nye cenggini .....
Blend 2 biji epal hijau (sebaik nye dengan kulit tapi basuh la buah tu elok-elok ye ...)
1/2 biji japanese cucumber sederhana besar
1inci halia

Minum sebelum tidur (Akak minum ni menggantikan makan malam)
Jangan risau .... Fiber yg ada dlm epal akan buat kita rasa kenyang

Kat mana nye MAGIC jus ni???
Ha .....meh sini nak cerite
esok pagi bila bangun segala isi perut hari sebelumnya akan di cuci bersih! Memang badan akan terasa ringan sangatttt (signal nak ke bilik air pun biasa je .... Bukan jenis yg memulas -mulas macam ambik teh herba, pil pelangsing atau benda2 yg sewaktu dengannya)
Dan bila perut dah di 'bersih'kan tu esok pagi cuba minum setengah cawan air yang di campur dgn 2 sudu besar apple cider vinegar (kalau tak biasa dgn ke'tajaman' apple cider vinegar ni boleh la di campur dengan 1 sudu kecik madu) atau .... Boleh cuba segleas air suam dengan perahan setengah biji lemon

Cuba amalkan Weught Loss Potion ni barang seminggu .... Anda akan puas hati dengan hasilnye. Bila dah detox tu cuba la amalkan pemakanan yg sihat ... Kurangkan makanan manis dan tinggi gula, makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, bihun, mee, pasta dan yg seangkatan dengannya

Mcmana jus ni boleh mengurangkan berat badan.
Jawapan nya pada kombinasi epal, timun dan halia tu ....
Meh kita kupas satu- satu kebaikkan buah/sayur ni ...

Timun :
90% kandungannya terdiri dari air
Rendah kalori
Kaya dengan nutrient spt vitamin A, C dan E (membantu membuang toksin dan sel lemak), sulfur dan silikon (menggalakkan buah pinggang mencuci pengumpulan asid urik yang merupakan salah satu punca kegemukkan), serat (membantu pembersihan usus)
Bersifat alkali (keadaan badan yg berasid menyukarkan proses pengurangan berat badan)

Epal hijau :
Mengandungi serat yg di kenali sebagai pektin (mengawal blood fat dan membantu dlm pengurangan kolesterol
Menstabilkan gula di dlm darah (mengurangkan keinginan untuk makan dan memberi rasa kenyang yg lama)

Halia :
Mengandungi amino asid yg di perlukan (essential amino acids) yg memainkan peranan dlm
metabolisma badan)

Cuba lah ye ....

Tuesday, 5 November 2013

Tingkatkan metabolisma badan. Macamana tu?

Hmmm .... I am not the fortunate one blessed with a high metabolism body huhu

Umur dah meningkat ni di tambah dah deliver 4 baby through cesarean section body pun dah makin sluggish. Itu tanda nya metabolisma badan dah menurun. Metabolisma tu kecekapan badan kita burn calories yg masuk.

Banyak calorie masuk tapi pemprosesan oleh badan kurang cekap = pertambahan berat badan

Mulai minggu ni Roz akan share info on foods and recipes that boost up the metabolism hasil dari beberapa pembacaan. Sebaiknya mulakan dengan aktiviti detox supaya nanti proses pembakaran lebih cekap. Boleh cuba 1-Day detox yg di post di awal penulisan blog ni atau boleh buat 3-Day detox.

Hari ni Roz nak share satu cara detox yg paling mudah dengan hanya menggunakan lemon & water. Cara ni di petik dari www.amaxingherbsandoils.com. Pastikan air yg digunakan dari sumber yg bersih & bermanfaat mcm mineral water, alkaline water etc. Detox ni kena buat selama 21 hari. Masuk hari ni Roz dah hari ke 9. So far si good!

Bila nak detox?
Sebaik saja bangun pagi minum lah sekurang2nya 2 gelas air lemon suam

Apa kebaikannya?
Air memastikan badan kita terhidrat. Kulit yg terhidrat akan kelihatan lembap (moisturised) dan ia juga melambatkan kehadiran kedut pd wajah. Badan yg cukup air juga memastikan proses sistem badan spt pencernaan lebih cekap

Lemon pula mengandungi vitamin C (helps build collagen) which keeps skin taut and firm. Lemon meningkatkan kecekapan pencernaan (digestion) & metabolisma untuk membakar calorie

Hasil dari detox 21 hari ni akan meningkatkan tenaga, mengurangkn lingkaran hitam di bawah mata (eye circles), efek anti penuaan, kulit lebih cerah dan berseri juga bagus untuk mengawal berat badan

Mudah kan?
Caranya : perah setengah biji lemon ke dalam segelas air suam. Minum semasa perut kosong

Let's do it!

Tuesday, 19 March 2013

Day 2 Detox diet

Hari ni cuma dibenarkan ambik vegetables. Kalau boleh elakkan minyak (setakat sesudu je boleh) so susah sikit nak pikir makan apa. Pagi-pagi rebus cauliflower (kubis putih) letak serbuk cili sikit.

Cauliflower bagus sebab dari jenis cruciferous veggie bermakna negative foods yang tak menabah kalori pada badan. Juga bagus untuk menambah pembakaran lemak.
Cruciferous vegetables
Cauliflower & brocolli

Tengahari buat sayur campur - brocolli, carrot, mushroom (kalau strict memang tak dibenarkan), bawang putih, bawang besar. Malam pulak sup sayur

Air - air masak kosong & green tea

Tapi memang la diet ni agak payah sikit

Sunday, 17 March 2013

Detox .... Hanya 7 hari

Dah sebulan lebih 'menambah'kan pengambilan karbohidrat dalam everyday food. Dah mula ambik sweet things - cupcake, brownie, apple pie sambil-sambil dok baking kat SweetRoz kitchen tu .... Oppps! Tapi my fav 'drink' masih tetap 2 liter air masak kosong yg kekadang di sulam ngan green tea  dan juga lemon water. Mungkin sbb tu berat badan masih maintain between 57-58kg. Jarum penimbang kat 60kg or more is a thing of the past! Phewww!!!

Minggu ni dah mula semula 2nd cycle untuk menurunkan at least 3,4 kilo lagi. Dengan lafaz Basmallah today bermulanya 7-Day detox. Plan ni seakan-akan the Cabbage Soup diet cuma diet sup kobis tu lebih kepada nak turun berat cepat. Yang ni pulak utk membersihkan sistem dalaman kita dari toksik yg mungkin terkumpul akibat pemakanan yg di ambik. Nanti kita go through the plan day-by-day ye .....

Just a sneak preview - dalam plan ni banyak makan sayur n buah2an & yg paling penting air, air, air

Day 1
Dibenarkan hanya makan buah dan minum air je (pilihan air kosong, green tea, air lemon). Lebih baik kalau makan buah tembikai (kandungan air tinggi). I'll let u know if I survived day 1 ye

Sehingga bersiaran lagi esok tata titi tutu

**update 20/3/2013

Adoiiii I barely made it through Day 1

Mencabar sungguh berbanding The Plan. Bagi yang rasa tak boleh tahan makan buah je sepanjang hari rasanya baik ikut macam The Plan

Hari pertama ni makan 4 biji epal, setengah buah honeydew, 2 biji limau & almost 2 litre air. Tapi di pertengahan jalan kantoi jugak dengan sekeping biskut kraker. Tak sure detox ni menjadi ke tak sebab dah tak follow. Anyway kalau mengikut kiraan kalori, kalau kita kurangkan pengambilan kalori daripada biasa boleh jugak loose weight. kita tengok macamana ye .....

Tuesday, 13 November 2012

Day 5

Diam tak diam dah masuk hari ke-5. Tadi curi-curi jugak naik atas timbang :D (seelok-eloknya tunggu seminggu baru timbang ye sbb takut kecewa kalau timbang berat tak turun then terus patah hati nak teruskan plan ni) Ingat lemak-lemak tu dah lama terkumpul dan dikumpulkan so takkan dlm sekelip mata boleh dihilangkan .... betul tak? 

Ekceli ada satu cara mcmana nak turunkan berat badan dengan cepat. Tapi ni hanya di galakkan kalau kita desperate sangat nak badan kecik sikit dlm masa seminggu. Mungkin ada reunion sekolah (of course nak nampak at least comei masa cam zaman sekolah dulu kan ... kalau tak pun lebih vogue!) semakin usia meningkat kita ni (especially ladies) kalau pandai jaga diri & penampilan akan nampak lebih vogue dr zaman hingusan dulu ... hehe. Mungkin ada wedding yg nak attend, atau wedding sendiri atau ada majlis penting yg harus nampak menarik. Caranya ikut The Cabbage-Soup diet. Akak dah penah cuba memang berkesan! Nanti kita kongsi cara nye ye ..... bukan hari ni ok

Sarapan di mulakan dengan Basmallah & menu mcm ni .....

Telur dadar (2 biji) ngan tomato. Jangan lupa tabur cili flakes (nak boost metabolism)

Ayam masak lemak daun salam (bay leave) - Resepi 8
Makan dengan sayur campur tapi NO NO NO Nasi ok

Sup kimchi dgn tauhu lembat, kobis & bunga kobis (cauliflower)
Resepi 9
Satu lagi cara nak tingkatkan metabolisma supaya badan tu membakar dengan lebih tinggi buat segelas air lemon (suam) campur dgn 1/2 sudu kecil serbuk cili cayenne (cayenne powder) Boleh dapat serbuk ni kat bahagian rempah-rempah kalau di Tesco & Giant. Yg dlm botol tu jenama McCormick @ lain-lain asalkan cayenne. 
AMARAN! Jangan buat selalu ye sbb takut perut tak tahan. Rasanya pedas & masam.

Actually kalau ikut diet the mapple syrup detox yg mcm kat pusat perlangsingan tu ini lah resepinye except dlm minum tu di tambah mapple syrup (but no sugar allowed in this plan alright!)

Wednesday, 7 November 2012

Food for DETOX

Ni senarai buah-buahan dan sayuran untuk plan 1-Day Detox
(Roz tak senaraikan semuanye .... pilihan ini yg dirasakan sesuai dan senang nak cari)

Fruits
Apples - contain vit E, which improves endurance and stamina of muscles and nerves, protects respiratory system from toxins. Good source of vit A and C, biotin folic acid & quercetin (an antioxidant that helps lower fat & cholesterol
-----> mengandungi quercetin (antioksida) yang membantu menurunkan lemak & kolesterol

Grapes - contain ellagic acid (have anti-carcinogenic effects), high levels of manganese ('memory' mineral), helps maintain sex hormone production and assist in formation of healthy red blood cells. Good source of silicon, which helps circulation, prevents nervous exhaustion and is essential for healthy skin, hair & teeth
-----> kesimpulannya bagus untuk perjalanan darah & fungsi badan

Lemons - excellent source of phosphorous required for repair and healthy functioning of the nervous system. Good source of sodium, which assists in proper elimination of waste and cleansing the lymphatic system, and helps stimulate the liver and gallbladder
-----> untuk men'cuci' dalaman dengan lebih berkesan
*minum jus lemon dalam air suam (ratio 25:75) pada waktu pagi dlm keadaan perut kosong bagus utk hati (liver)

Veggie (ingat! ambik mentah ye ...)
Brocolli - high in folate and vit. A, calcium, phosphorous, which help build and maintain strong bones. Also stimulates liver
-----> bagus utk hati dan tolong yg kuat & sihat

Carrots - packed with nutrients incl. vit A and C, cleanse, nourish and stimulate the body particularly liver, kidneys, digestive system
-----> membaik pulih, membersih badan

Cucumber - conatins high levels of vit. E and iodine for healthy hair, nails, skin, teeth and thyroid function. Helps prevent water retention
-----> bagus utk pertumbuhan yg sihat




Resepi 1

Hot Lemon water
Masa penyediaan : 5 min  Dapat: 1 litre

3 1/2 cawan (875ml) air panas
1/2 cawan (125ml) jus lemon segar (dari buah lemon ye bukan yg dlm botol tu)

1    Masukkan air panas dlm jag
2   Tambah jus limau
3   Kacau dan sedia utk di hidang

Senang kan?!


Info menarik : per 250ml
0.1 g total fat
0.9g carbohydrate
38kJ (9 cal)
0.2g protein
0g fibre
(sumber rujukan : DETOX)



1 Day DETOX

Salam semua ..... (Good morning, Good afternoon, Good evening!)

Tak sabar nak bgtau mcmana program Battling de Bulge (BDB) ni berjalan so far
(Peringatan! program ni Roz create sendiri hasil dr rujukan kepada beberapa blog & juga cara sendiri ye. Kalau nak ikut dipersilakan ... kalau ada pengalaman untuk di kongsi juga di persilakan)

Ekceli hari ni dah hari ke-4 BDB but this blog came a bit later. But I'll post down everything that has been done so far ....

Talking about the 1 Day Detox (Rujukan : buku DETOX published by The Australian Women's Weekly - klik di sini) Tapi u allz boleh buat plan detox yg lain kalo nak. Kes Roz ni sebab tak sabar2 nak start diet cara Dzul di sini so buat la sehari je. 

Kenapa nak detox? Sebab nak prepare badan kita untuk program seterusnya yg No Carbo - No Sugar tu (takut terkezut la body kita n akan mengagalkan misi untuk KURUS kita) lagipun detox ni pun baik nak get rid of toxin yg berkumpul (maybe ada yg kata 1 Day tak cukup untuk bebaskan diri dr toxin dlm badan yg dah lama terkumpul but the truth is hari-hari kita terdedah kepada toxics ni yg akan membebankan badan kita) Toxin boleh dtg dr makanan, persekitaran (environment e.g asap rokok, pencemaran), air minuman kita dll.

Ishhhh panjang pulak celoteh Roz ni ye mesti semua dah menjerit mana cara nye! 

Orait ... orait .... sabar tu kan separuh dr iman .... Nak buat sesuatu jgn terburu-buru (look whos talking eh?)

1 Day plan ni u allz boleh makan 1 jenis buah atau 1 jenis sayuran je. The WHOLE day! SEPANJANGGGGGG hari di samping minum air ngan banyaknye

excerpt dr buku DETOX ...

Breakfast/sarapan pagi :
Hot Lemon Water (rujuk page resepi okeh)
Buah @ sayuran pilihan u allz (ingat! 1 jenis je tau)

Minum pagi (kira2 kul 10am) :
Buah @ sayuran pilihan
Air (suam bukan sejuk)

Lunch/Makan tengahari:

Buah @ sayuran pilihan
Air (suam bukan sejuk)

Tea/Minum petang:
Buah @ sayuran pilihan
Herbal tea/Teh herba (green tea the best*)

Dinner/Makan malam:
Buah @ sayuran pilihan
Air (suam bukan sejuk)

Penting : Drink like a fish! Minum mcm ikan! maknanye kena minum banyak ye 
* teh hijau membantu membakar lemak

Apa yg Roz buat...

  • Pilihan buah - epal (sehari tu Roz makan sampai 4 bijik)
  • Air suam (dlm 2 liter lebih ada kut)
  • Teh hijau + hirisan lemon (dlm 1 liter)


Apa yg jadi ...

  • Masa breakfast tu semangat berkobar2. makan epal + minum air
  • Kul 10 makan epal sebijik lagi (sbb terasa kelaparannye) + minum air
  • Tengahari (aduiii lapar beb tapi kuatkan semangat sbb membayangkan bayar ala supermodel iteww               di teruskan jua ...) makan epal + minum teh hijau campur lemon (rendam je hirisan lemon dlm teko yg dah diletak 1 beg teh hijau)
  • Minum petang - makan epal + minum air (masa ni dah rasa cam nak give up!) + teh hijau lemon
  • Makan malam - minum air + ratah asam pedas pari 2 ketul (tak tahan beb!) Jangan ikut cara ni tau ... semangat harus kuat 

Courtesy : www.123rtf.com

Khasiat teh hijau - membantu melindungi (protects) mata dan jantung, menaikkan (boosts) metabolisma, memerangi (fights) kanser
Pilih teh hijau yang nampak daun (macam gambar di atas) atau powder lebih bagus
Penambahan limau (atau buah citrus yg lain) akan meningkatkan (maximise) khasiat teh hijau yg mempunyai catechins (antioksidan)

More about green tea + lemon here


Gemuk NO MORE! 3,2,1 .... Blast Off!

Mulanya di sini ...
Ku kenali diriku (to Battle de Bulge. Say NO to Gemuk!)
Sehingga kini ...
Sehingga ke akhir waktu (tahun 2012)

*nyanyi cam  Freedom & Seha ye (that's it! now u've guessed how old I am :D)
Al-Fatihah juga untuk arwah Seha (one of my FAV singers ni besides Aishah & the Fan Club - woowee)

Yup!
I'm determined to loose that weight (FINALLY ...)
Dah nekad ni ... Dah bulat hati (GEMUK No More!)
It's NOW or neva bebeh


Sebagai mukadimah n permulaan perjalanan transformasi diri menjadi Super Mom model ni Roz mulakan dengan D.E.T.O.X berpandukan buku ni ...

Published by : The Australian Women's Weekly

Ekceli dah lammaaa beli buku nih tapi tak penah serious nak buat. All this while I needed that extra boost, that motivation to realise that I am abusing my body by eating anything I fancy. Sedar .... bukan tak sedar but problemnye kalau tengok diri kat cermin rasa cam ok je .... Semua tu hanya ilusi hehe Like orang yg bullimic/anorexic akan selalu rasa dirinye gemuk but ngan Roz plak kalau tengok dlm cermin rasa cam saiz medium je ... Camne tu?

Dalam buku ni ada 4 detox plan :
1 day detox
Weekend detox (maknanye 2 hari - Sabtu & Ahad)
7-day detox
2 week detox

Detox ni tujuannya nak mem'bersih'kan body (dari segala toksik), memulihkan semula tenaga (sbb byk toksik bdn kita jd lemah & lesu ...) DAN memanjakan diri. Dengan detox ni kita akan membebaskan diri dari tabiat pemakanan yg buruk (too much sugar, too much carbo, too much fat - tapi semua tu lah yg buat food sedap kan?)

Yg bestnye buku ni sbb ada plan beserta menu cadangan untuk nak menjalani detox. Very the simple to follow n paling penting very de sedap (buat insan-insan yg makanan ruginya nasi mungkin akan mengalami sedikit masalah nak meninggalkan nasi but trust me bila dah mula memang ok je kalo tak makan nasi

Contoh hidangan : Vegetable Stir-Fry
(sayur campur gitewww)

Resepi - bahan2 & cara penyediaan

The best part : info tentang kandungan hidangan
(boleh jadi rujukan utk plan Roz seterusnya lepas detox ni)

Akhirnya selepas dah membelasah Oreo Cream Cheese cake tempohari akhirnya Roz memberanikan diri untuk mulakan program GEMUK No More! Target : sehingga hujung tahun ni mesti turun 5 kilo @ lebih.

BOLEH???? Pasti BOLEH 
* pada yg nak join, jom la sama-sama kita buat program ni ... Katakan TIDAK pada LEMAK!!
lagi ramai follower, perjalanan ini akan jadi lebih mudah

Ni pic last indulgence Moi! *eyelids batting*


uihhhh sedappppnye - kelemahan Roz ni ....
suka makan coklat, kek & ice cream
(terpaksa di lupakan seketika nikmat makan semua yg di atas kui kui)

Post seterusnya Roz akan cerita plan detox. Tungguuuu!

3   2   1 ... Blast Off!


For a great figure,
R