Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Plan. Show all posts
Showing posts with label Plan. Show all posts

Monday, 19 November 2012

DAY 15 cer timbang sikit!

Phewww dah Day 15
Hari ni nak timbang sikit kut-kut turun lagi

Yippie yeayyyy!
Turun lagi 1kg - gilosss punya la happy :D
The hard part ----> nak maintain supaya mencapai target - 52kg

Kalau ikutkan program Atkins, if u have like less than 10kg to loose dah boleh mula OWL (Ongoing Weight Loss) meaning dah boleh tambah net carbo dalam pemakanan

Akak rasa nak sambung lagi seminggu kut Induction ni n see how it goes sbb next week nak gi holiday bawak anak-anak ke Perlis naik ketapi Express Senandung Malam. 

Balik Perlis sinonim ngan Food, Food, Food. Phewww! Pulut ayam, cendul, ikan keli restoran Pokok Sawa, Tom Yam (Padang Besar), Laksa Kuala Perlis, Nasi Ganja. Adoiyaiii hubby dah bagi warning tak leh makan itu semua .... Let's see how it goes. Takde la nak mentekedarah (mencekik) sampai tak ingat perut

Hmm ...
Dah ada ke yg mengikuti plan ni? Cuba la. Meh la kongsi experience di sini. Kut-kut ada resepi yg best ke boleh la share. 

Pada yg berat badan 60kg or less jangan keciwa kalau jarum penimbang tu tak turun laju. Loose it slow n steady. Ye la lemak-lemak tu bukannya boleh loose overnight! Dengan pemakanan yg betul dan terkawal insyaAllah akan turun jugak scales tu tambah ngan exercise lagi bagus. Cara ni kita akan dapat keep/maintain weight loss dgn lebih berjaya. Takde la jadi cam yo yo effect jap turun-jap naik.

Tapi kalau dah badan cam Yours Truly ni, yg dah beranak 4 kali, operate plak tu, to loose 1,2 kilos in 2 weeks memang a fantastic feat indeed bebeh! Tak payah nak makan meal replacement, susu *ajaib*, pil *ajaib*, shake *ajaib*, jus *ajaib* berbagai ... camne pun dlm plan tu kena kawal pemakanan gak n minum air banyak,banyak,banyak. Cer buat semua tu without the additional props sure turun nye deh. Anyway the additional props tu mungkin ada nolong sikit-sikit but WHY waste money when all u need is a good plan n lots of WILL POWER

Sunday, 18 November 2012

DAY 11, 12, 13

OMG! OMG! Oh My Gosh!
selepas 10 hari on The Plan, tak sabar la pulak nak timbang

Nengok nengok ..... arghhhhh naik 1kg!
Ni tak leh jadi 
Mesti sbb cilok makan birthday cake hari tu
Tapi memang dr semalam rasa badan berat semacam ... cam water retention

Criter DAY 11, 12 and 13 :

Pada ladies di luar sana kalau mengalami keadaan mcm ni semasa On the Plan n tetiba badan rasa berat semacam ... mcm bengkak pun ada. Sebenarnya dah masa period. Fullstop!

One thing Akak notice period flow sangat banyak n rupa darah merah cantik tak berketul-ketul hitam macam selalu. Mungkin sbb banyak minum air so ada efek kat darah.

Plan diteruskan dengan menu kurang carbo. To tell u the truth memang tak tahan sebab tak amik carbo langsung. Mulai hari ni masa breakfast amik 1 slice roti Gardenia Break Thru (paket warna kurang, rega RM4.70). Roti ni jenis low GI (glycemic index) yang tak akan menyebabkan sugar spike dalam badan kita jadi badan masih membakar lemak yg terkumpul. Kandungan carbo utk 2 keping roti ni bersamaan 14.4g. Masih dalam range 20g Carbo yg dibenarkan dlm plan ni kan? so boleh la makan sampai 2 slice 

Masa dok google tadi terjumpa video pasal burn fat not muscles. Otot (muscle) akan membantu dlm pembakaran lemak jadi ada exercise yg tertentu dpt meningkatkan otot badan supaya pembakaran lemak lebih effisien. Video tu pasal makanan yg di ambil supaya dpt burn fat but not loose muscles. Makan daging - di panggang (roast) dengan banyak sayur (brocolli, asparagus, cauliflower) siap makan mentah-mentah lagi.

Yang paling penting nak stick to the Plan kita mesti rancang our grocery shopping supaya tak buntu nak makan/masak apa. Stok banyak-banyak ikan (tenggiri, ikan merah, tilapia, parang, kurau, salmon), ayam, daging & sayur hijau.




Wednesday, 14 November 2012

Day 10

Tak sangka pulak dapat survive ngan plan ni ye. Untuk motivate diri jangan anggap plan ni sebagai diet. Tanam dlm diri perubahan ni di buat sebab nak kehidupan yg lebih sihat. Badan yg obese mengundang banyak penyakit ... semua org tahu kan tp rasa susah nak lepaskan me'rasa' makanan yg sedap2 tu kan .... lepas dah over Fasa 1 teruskan ngan Fasa 2 (maintenance) Dah boleh makan makanan ada karbo cuma tambahkan sedikit demi sedikit @ mybe have 1 cheat day where u can indulge away (but be careful not to go overboard!) Kalau teringin sangat nak makan cheese cake yg di idam-idamkan sekian lama silakan ... tapi jgn la pulak makan 2,3 potong sekali hadap. Cukup sekadar dpt merasakan kenikmatan keenakan cheese cake tu dengan 1 potong kecil

Hari ni untuk makan tengahari & malam Roz buat masakan Jepun. Come to think of it makanan jepun ni senang je nak buat. Kebanyakkannya berasaskan sup (Nabe) atau stir fry. Tengahari buat ala-ala sukiyaki (one pot dish)

Sukiyaki - cendawan shitake, tauhu lembut, kobis, bunga kobis
(Resepi 11) 

Chicken teppanyaki with pickled radish & kimchi
(Resepi 12)
Teruja dengan entri menu hari ni? nantikan resepi nya

Buat yg sedang mengikuti blog ni dan telah mulakan plan ni kuatkan semangat untuk terus stick to the plan. Remember there's a rainbow by the end of the journey :D 

Day 7 and 8

Nothing special today. Just the same ole same ole.

Entri kali ni masih lagi berkisar tentang makanan & menu. Bukan apa Roz cuma nak bagi idea mcmana nak sediakan makanan while on the Plan. Tak semestinye kita kelaparan & starve to death while on the Plan. 

Secara umumnya semasa dalam plan ni diet kita adalah low carbo, high protein & fiber. Low carbo = No Nasi, Mee, Meehoon, Kuetiaw, Yee Mee, Spaghetti, Macaroni, Pie (atau makanan berasaskan tepung), Roti dan apa-apa makanan yg berkanji serta kandungan karbohidrat yg tinggi. Dengan itu ... berhati-hati juga dengan choice of veggie sbb ada sayur yg kandungan carbo agak tinggi & mesti avoid semasa dlm Fasa 1 (Pembakaran). Sayur-sayur seperti kentang, jagung @ yg ada kandungan strach/kanji lebih baik di elakkan. 

Fasa 1 ni fasa yg paling penting sekali sbbmasa ni la kita mengajar, menyuruh badan kita supaya membakar lemak tu. Tanpa carbo, badan kita akan menggunakan/ membakar lemak sebagai tenaga. Sebab tu kita akan kehilangan berat badan paling tidak pun 2,3 kilo dlm sebulan. Melalui bacaan kebanyakkan org loose weight lebih dari 5 kilo untuk 2 minggu pertama ni. Kalau lepas 2 minggu kita masih tak mencapai berat badan yang di idam (atau sekurang-kurangnya tinggal 5 hingga 10 kilo lagi nak mencapai target) maka Fasa 1 ni boleh dilanjutkan. Pada yg very d obese ada yg buat Fasa 1 sampai 3, 6 bulan.

Untuk sarapan pagi & lunch boleh pilih dari menu yg ada sebelum ni. Untuk dinner pulak Akak goreng daging dengan baby kailan bersama button mushroom. 


Tak sabar nak timbang & measure ukur lilit esok. Tunggu ye keputusannye ...

Day 6

Fuhhhh hari ni hari yg paling mencabar sejak dlm plan ni. Sebabnye .... hari ni buat kek utk harijadi ayahanda tercinta yg ke-74. Malam ni ada dinner kat kampung - Ampang je ... dah request kat Bonda masak roast chicken sbb on the Plan! hehe

Ni la kek yg di buat - Vanilla layered cake topped with chocolate ganache & juga masak Lamb Shank stew


Boleh dapatkan kek macam ni dan macam -macam lagi
di SweetRoz.blogspot.com

Sarapan pagi ni tuna, salad & timun. Boleh jugak rebus 2 biji telur & makan dengan salad.

Breakfast

Lunch - Chicken wraps (Resepi 10)

Lamb shank 

Ssshhhhhh! terbabas malam ni lepas 6 hari. Makan secubit kek birthday! Tak leh tahan la beb dinner kat rumah bonda ada sambal tumis petai (jamah sikit but ni takpe), chicken pie (ni tak boleh! tengok je la...), roast chicken (definitely can lorr!), triffle (hu hu no no no), salad daging thai style (ni makan dgn banyak nye sambil tengok org lain makan nasi ngan sambal petai) adoyaiiiii dugaan dugaan

Tuesday, 13 November 2012

Day 5

Diam tak diam dah masuk hari ke-5. Tadi curi-curi jugak naik atas timbang :D (seelok-eloknya tunggu seminggu baru timbang ye sbb takut kecewa kalau timbang berat tak turun then terus patah hati nak teruskan plan ni) Ingat lemak-lemak tu dah lama terkumpul dan dikumpulkan so takkan dlm sekelip mata boleh dihilangkan .... betul tak? 

Ekceli ada satu cara mcmana nak turunkan berat badan dengan cepat. Tapi ni hanya di galakkan kalau kita desperate sangat nak badan kecik sikit dlm masa seminggu. Mungkin ada reunion sekolah (of course nak nampak at least comei masa cam zaman sekolah dulu kan ... kalau tak pun lebih vogue!) semakin usia meningkat kita ni (especially ladies) kalau pandai jaga diri & penampilan akan nampak lebih vogue dr zaman hingusan dulu ... hehe. Mungkin ada wedding yg nak attend, atau wedding sendiri atau ada majlis penting yg harus nampak menarik. Caranya ikut The Cabbage-Soup diet. Akak dah penah cuba memang berkesan! Nanti kita kongsi cara nye ye ..... bukan hari ni ok

Sarapan di mulakan dengan Basmallah & menu mcm ni .....

Telur dadar (2 biji) ngan tomato. Jangan lupa tabur cili flakes (nak boost metabolism)

Ayam masak lemak daun salam (bay leave) - Resepi 8
Makan dengan sayur campur tapi NO NO NO Nasi ok

Sup kimchi dgn tauhu lembat, kobis & bunga kobis (cauliflower)
Resepi 9
Satu lagi cara nak tingkatkan metabolisma supaya badan tu membakar dengan lebih tinggi buat segelas air lemon (suam) campur dgn 1/2 sudu kecil serbuk cili cayenne (cayenne powder) Boleh dapat serbuk ni kat bahagian rempah-rempah kalau di Tesco & Giant. Yg dlm botol tu jenama McCormick @ lain-lain asalkan cayenne. 
AMARAN! Jangan buat selalu ye sbb takut perut tak tahan. Rasanya pedas & masam.

Actually kalau ikut diet the mapple syrup detox yg mcm kat pusat perlangsingan tu ini lah resepinye except dlm minum tu di tambah mapple syrup (but no sugar allowed in this plan alright!)

Day 4

As Salam .... Good Morning!
(as I'm writting I am already in my 10th day in the program and feeling great! I've already lost abt 2.5kgs)

Tapi geram jugak tengok kat blog org lain yg buat plan ni boleh turun lebih 10kilo dlm 2 minggu yg pertama (Phase 1). hmppphhh! kalau di amati semula most of them memang memunyai berat badan yang amat berlebihan in the start. Mungkin sbb tu kut .... (mode nak menyedapkanhati sendiri) Anyway Roz akan tengok lepas 2 minggu ni timbang semula ada perubahan ke tak. Butttt at least dah turun sikit tu is a good sign :D

Pada yg mengikuti blog ni ... Amacam? Dah mula blum? or ada part yg tak faham pasal plan ni? Kalau nak keterangan lanjut tinggalkan komen di bahagian Comments selepas entri ni. Memang banyak lagi kekurangan blog ni esp on the plan in general. Rujukan blog lain yg di beri tu dah tengok blum? Blog Dzul tu ada details of the plan. Nanti bila agak kelapangan Roz buatkan tab ye on the plan utk memudahkan rujukan.

Ok seperti biasa entri ni on menu Sarapan, Mkn Tenghari, Mkn Malam beserta resepi. Nak memudahkan cara buat perancangan menu (FOOD DIARY) utk seminggu mcm ni :
Link dari Dzul di Saya Nak Kurus

Dengan cara ni senang nak siapkan menu & boleh oleh ikut selera.

Menu hari ni -

BREAKFAST : Tuna salad with seaweed
(Resepi 6)

MAKAN TENGAHARI :
Ikan cencaru sambal, paru goreng, sayur kacang kelisa/botol & bendi

MAKAN MALAM :
Ayam paprik (Resepi 7)
Jangan lupa minum air banyak-banyak ye .... Since plan ni banyak makan protein jd akan mungkin ada masalah nak ke toilet (a.k.a pembuangan) Kalau mengalami masalah ni maknanya kita kurang minum air. Satu lagi cara nak menambah fiber dlm badan supaya senang pembuangan nanti cuba makan sayur-sayuran yg berdaun hijau mcm kailan & juga sayur-sayur yg banyak fiber mcm brocolli, cauliflower


Sunday, 11 November 2012

Resepi 3


Pan-fry salmon

Bahan-bahan :
2 keping ikan salmon
Serbuk cili
Garam / Kicap cair
Worchester (Lea Perrins) sauce - nak hilangkan bau hanyir ikan
Bawang putih & bawang besar - di cincang
Green bell pepper / Capsicum
2 sudu minyak zaitun - untuk menggoreng
Salad



Cara penyediaan :
Perap ikan dengan serbuk cili dan garam
Pan fry dgn minyak zaitun
Bila ikan dah agak masak campur bell pepper
Hidang bersama salad

Selamat Menjamu Selera!

DAY 3

Hari ni badan rasa mcm menggeletar, jantung berdebar-debar. Mungkin sbb badan tengah bekerja keras memproses protein dan juga sbb badan kurang menerima gula. Roz ni lemah sikit dengan benda-benda manis.

I have such a sweet tooth! Favourite : ice cream, kek, coklat. Yummyyyyy

Selalunya (sebelum buat plan ni) mesti nak men'yumbat' makanan manis kepada badan ini ... bukannya tak tau kalau makan berlebihan nanti jadi gemuk. Tapi those foods are too good to resist!

nak hilangkan rasa berdebar tu Akak minum air & teh hijau. Hopefully akan recover. 

Sarapan pagi ni


Omelette (2 biji telur) dgn daun ketumbar & serbuk cili
bersama tomato

Stuffed red bell pepper bersama burger ayam cincang
(sila tengok Resepi 4 untuk resepinya)

Beef spare ribs
(Resepi 5)
Roz ni memang suka memasak so i find it quite difficult cooking spaghetti, pie, pizza, meatloaf, nasi utk family tapi sendiri tak boleh jamah huhu. Cara masakan pun simple-simple je suka main campak-campak (takde sukatan tertentu - ikut sesedap rasa) Kekadang kalau buat tuna sandwich @ sandwich telur pun dah boleh kenyang tapi sepanjang plan ni roti adalah makanan yg di larang

Kalau nak menu yg agak Melayu sesuai dengan selera cuba tengok blog OhMyLiza ni


Resepi 2 - Ayam pan-fry

Ayam pan-fry bersama cili kering

Bahan-bahan :
Ayam
Cili kering - di bersihkan dan digunting kecil
Bawang putih - di cincang
Bawang besar (Halland/Bombay) - di cincang
Garam
Tomato - di hiris
Daun salad
Minyak zaitun (2 sudu) - untuk menggoreng
Serbuk kari - optional


Isi ayam yang di pan-fry 

Cara penyediaan :
Perap ayam dengan garam (letak serbuk kari kalau nak lebih perasa)
Panaskan kuali/pan. Letak minyak zaitun
Tumiskan bawang-bawang di ikuti cili kering
Masukkan ayam. Pan-fry/Goreng hingga masak

Makan bersama salad & tomato @ sayur-sayuran pilihan

Selamat menjamu selera!

DAY 2

Hari ke-2 di mulakan dgn minum air 2 gelas sebaik bangun tido. 

Breakfast pagi ni 
2 biji telur rebus, salad & tomato
dlm plan ni mayo dibenarkan tapi hati-hati dengan kandungan carbo nya. Brand: Kraft. Kandungan carbo per 15g = 1g je. Lemak (fat) lain yg dibenarkan butter, minyak zaitun, cream (tapi susu tak boleh ye)

Plan ni bukan utk mengurangkan berat badan melalui pengurangan kalori tapi untuk menggalakkan badan membakar lemak.Kalau kita masih supply badan dengan karbohidrat dr nasi, roti & yg sewaktu dgnnya badan kita akan utamakan pembakaran karbo tu dulu n lemak yg berlebihan akan di simpan (sbb tu jadi gemuk & badan berketul-ketul di tempat yg tertentu)

Menu makan tengahari & malam 


2 keping ikan salmon, green bell pepper & salad
(untuk resepi sila ke Resepi 3)

ikan tongkol bakar, sambal tumis udang & sayur watercress
Semua jenis makanan laut dibenarkan kecuali sotong & tiram sbb kandungan karbo yg tinggi

Minum pagi & petang : teh hijau bersama lemon

Dan cabarannya bermula ... DAY 1

AsSalam 

Dan bermulanya cabaran mengurangkan berat berlebihan untuk kehidupan yang lebih sihat. 
Sihat - bebas penyakit - lebih bertenaga - body yang lebih menarik (for own self-confidence & of course utk beloved hubby)

Plan ni mengikut rujukan dari blog Dzul di sini. Nak tau lebih lanjut pergi la kat blog tu ye. Basically this diet is about low carb - high protein & lots of veggie. Tujuan nak mengurangkan karbohidrat spt nasi, roti, mee hoon, kuetiaw dan lain-lain yang secategory dgnnya supaya badan kita membakar lemak yg dah si simpan (berbulan-bulan @ maybe bertahun-tahun) yang berkumpul kat lengan, pinggang, perut dan pinggul. Memang di akui agak susah juga nak mulakan tapi macam Roz kata di awal blog ni - Prelude mesti ada Will Power yg KUAT! Fullstop. Baru la menjadi ...

Jangan anggap plan ni macam diet tapi nak badan yang sihat (especially umur mcm Akak ni ha yang meningkat memang akan adalah masalah berat badan kalau tak di jaga) 

Kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi yang boleh tolong .... Betul tak?

Plan :
Mulakan setiap pagi dengan minum at least 2 gelas air kosong (ada gak dengar petua yg seelok-eloknya minum tu jgn gosok gigi dulu ... masa bangun tido dlm mulut kita ni byk enzyme amylase yg membuat dlm penghadaman makanan) Jangan lupa mula kan dengan Basmallah dan lebih elok selawat ke atas Nabi s.a.w sebyk 3 kali 

Makan 5 kali sehari - Breakfast, Minum pagi, Lunch, Minum petang, Dinner
(tujuan nak mengujakan pembakaran lemak-lemak iteww & juga so that badan tak rasa lapar)
Ingat! dlm plan ni jangan sekali-sekali kurangkan makan ye & jgn bg perut tu berasa lapar

Contoh breakfast - Hari pertama

Telur dadar (2 biji) + Sosej + Bwg putih & besar + Parsley + Cili flakes
bersama salad
* Cili mengandungi capsaicin yg membantu dlm pembakaran lemak. The hotter the better!

Minum pagi & petang : Teh hijau & lemon 1 jag. 
Since ni hari pertama, so masa minum pagi Roz ambik 2 slice cheese (dlm plan ni dibenarkan ambil karbo tak leh lebih dr 20g. 1 slice cheese tu 1g je carbo. Cheese jenis ni :

Brand  : Lembu Ketawa :D 
Menu tengahari : sebelum makan ~ 2 gelas air 

Ayam (bahagian dada) yang di pan-fry dgn cili flakes + daun ketumbar
bersama salad & tomato
 Masa ni perut rasa full sangat. Mungkin sbb air juga membantu badan kita rasa 'full'. Minum air lepas 1/2 jam makan ye ... so that body dpt digest protein yg di ambil td

Dinner :
Ayam yg dimasak dgn cili kering bersama brocolli 

nanti Akak bagi resepi ok!

Perasaan hari pertama - agak susah jugak sbb walaupun Roz boleh hadkan pengambilan nasi tp selalu Roz ambik roti tp ni roti pun tak boleh (buat sementara waktu je ni ......)




Wednesday, 7 November 2012

THE PLAN

LOW CARBO - HIGH PROTEIN - FIBRE


Dah ramai buat plan ni (or so called Atkins diet) dan ramai yang dah berjaya. Paling penting nak berjaya mesti ada WILL POWER!


SEMANGAT yang kuat perlu supaya plan ni berjaya dan ke arah kehidupan yang LeBiH SIHAT

Plan ni ada 4 Fasa :
1. Fasa 1: Induction - masa ni kita train badan untuk membakar lemak-lemak yg dah lama terkumpul tu
2. Fasa 2 : Ongoing Weight Loss (OWL)
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 


Jommm kita faham dengan lebih detail ...
Fasa 1 : INDUCTION
- ini adalah fasa Permulaan & Pengenalan kepada kehidupan yang lebih sihat, badan yang lebih cantik 
- sekurang-kurangnya 2 minggu (mengikut keadaan dan berat badan)
- kalau punya berat badan yang berlebihan (>20kg dari berat badan ideal) jadi fasa Induction ni buat la lama sikit. Lagi lama buat lagi banyak 'pembakaran' lemak berlaku (BUT mesti ikut plan tau no cilok-cilok :D)

*dalam 2 minggu pertama ni berat akan turun lebih kurang 2-3kg

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan 

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

Dari diari Dzul (taknakgemuk.com)
"Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku, korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D"

Fasa 2: OWL
- boleh terus ke fasa ni kalau tinggal lebih kurang 10kg je lagi nak mencapai berat badan ideal
- masa fasa ni kita masih dalam keadaan mengawal selera & apa yang kita makan
- slowly menambahkan total Carbo yang di benarkan bermula dari 25g (increase by 5g weekly). Kalau berat badan masih maintain maknanya itu la jumlah carbo yg 'selamat' meaning cukup utk fungsi-fungsi badan
*berhati-hati masa nak menambahkan carbo balik ke dlm diet pemakanan takut perubahan yang mendadak menambahkan berat badan (penat buat Induction berminggu-minggu ...)

Fasa 3: PRE-MAINTENANCE
- pada masa fasa ni kita dah tinggal kira-kira 10lb (lebih kurang 4-5kg) nak mencapai berat badan ideal
- berat badan akan berkurangan slowly (mungkin ambil masa 6 bulan hingga setahun)
- pada masa ni kita dah pandai kawal pemakanan 

Fasa 4: LIFETIME MAINTENANCE
ke arah kehidupan yang lebih sihat, bebas penyakit In Sya Allah .....

Sebenarnya tak perlu ikut fasa-fasa di atas mengikut peringkat. The Plan is actually very flexible. Semuanya bergantung pada berapa banyak berat badan yang berlebihan dari berat badan ideal. Kalau ada less than 10kg tu loose boleh je nak mulakan dari Fasa 2. Tapi seelok-eloknya mulakan dengan proses Induction tu kalau betul-betulnak tengok penurunan berat badan. It's all up to you actually and how much you want to loose. Mungkin ada orang berat badan idealnya 52kg tapi dengan rangka badan yg sederhana dengan berat badan tu akan nampak 'haggard' tak berseri. 

PENTINGGG!!!!
Semasa Induction: 
1) NO Nasi, Mee, mee Hoon, Laksa, Laksam, Spaghetti, Macaroni, Oat, Cereals dan yang sebangsa dengannya.  Anything yg bertepung = Carbs

2) NO Roti, Roti wholemeal, Buns, Roti Canai, Roti Jala, Pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. Again makanan bertepung = Carbs

3) NO Gula - apa juga jenis gula, minuman bergula, jus, air berkabonat & anything yg bergula tinggi.

4) NO Buah-buahan - sebab mengandungi kandungan gula
5) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

6) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal etc

7) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

8) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


YES to :

1) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai

4) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..


* Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.