Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Healthy Juicing. Show all posts
Showing posts with label Healthy Juicing. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

My Beauty Potion

Dah lama tak kongsi resepi juicing kat sini. Sejak mula buka bakeri SweetRoz agak sibuk sikit cuma kadang-kadang berkongsi di laman Instagram

hari ni jom kita belajar buat jus nuntuk mengekalkan kejelitaan dan keremajaan kulit. Juice ni kaya dengan vitamin C dari buah strawberry, mempunyai probiotics yang bagus untuk penghadaman dan serbuk collagen untuk menghidrat serta menganjalkan kulit

Bahan-bahannya :
1 botol Vitagen (perisa natural) atau
1 pack Yoghurt (natural)
5 -7 biji buah strawberry
1 paket collagen
Sedikit ais (mengikut citarasa)

Masukkan semua dalam blender
Sedia untuk di minum

Sebaiknya minum Beauty Potion di awal pagi sebelum sarapan. Tapi sebenarnya lepas minum ni dah rasa kenyang. Boleh juga campur 1 sudu protein powder bagi yang sedang mengamalkan diet high protein



Friday, 3 October 2014

Monday, 14 April 2014

14 Day Juicing challenge - Beauty edition

Owhhh I'm so so excited to join this challenge!

Today is already Day 2 of the 14 Day juicing challenge
(lucky I managed to catch up on this event a day before the challenge started)
I have received a list of supplies (fruits & vegetables) to buy and a daily juice recipe for the week.
You can still catch this challenge on All-about-juicing. This event starts from 14th and ends on the 27th of April

Monday, 24 March 2014

Weight loss potion!

Wahhh lama tul tak bersiaran ....
Bukannya dah lupa nak jaga badan ... Cuma tak sempat je nak kongsi di sini
Masih lagi mengamalkan juicing setiap hari ... Banyak photo tersimpan dlm handphone cuma tunggu time je nak transfer ke sini
Hari ni meh nak kongsi satu lagi rahsia .... Ekceli tak sabar nak share penemuan ni ...

Weight Loss Potion!
(Nak terjemah buat title lebih catchy tapi tak jumpa plak perkataan bahasa melayu yang tepat)

Resepi nye cenggini .....
Blend 2 biji epal hijau (sebaik nye dengan kulit tapi basuh la buah tu elok-elok ye ...)
1/2 biji japanese cucumber sederhana besar
1inci halia

Minum sebelum tidur (Akak minum ni menggantikan makan malam)
Jangan risau .... Fiber yg ada dlm epal akan buat kita rasa kenyang

Kat mana nye MAGIC jus ni???
Ha .....meh sini nak cerite
esok pagi bila bangun segala isi perut hari sebelumnya akan di cuci bersih! Memang badan akan terasa ringan sangatttt (signal nak ke bilik air pun biasa je .... Bukan jenis yg memulas -mulas macam ambik teh herba, pil pelangsing atau benda2 yg sewaktu dengannya)
Dan bila perut dah di 'bersih'kan tu esok pagi cuba minum setengah cawan air yang di campur dgn 2 sudu besar apple cider vinegar (kalau tak biasa dgn ke'tajaman' apple cider vinegar ni boleh la di campur dengan 1 sudu kecik madu) atau .... Boleh cuba segleas air suam dengan perahan setengah biji lemon

Cuba amalkan Weught Loss Potion ni barang seminggu .... Anda akan puas hati dengan hasilnye. Bila dah detox tu cuba la amalkan pemakanan yg sihat ... Kurangkan makanan manis dan tinggi gula, makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, bihun, mee, pasta dan yg seangkatan dengannya

Mcmana jus ni boleh mengurangkan berat badan.
Jawapan nya pada kombinasi epal, timun dan halia tu ....
Meh kita kupas satu- satu kebaikkan buah/sayur ni ...

Timun :
90% kandungannya terdiri dari air
Rendah kalori
Kaya dengan nutrient spt vitamin A, C dan E (membantu membuang toksin dan sel lemak), sulfur dan silikon (menggalakkan buah pinggang mencuci pengumpulan asid urik yang merupakan salah satu punca kegemukkan), serat (membantu pembersihan usus)
Bersifat alkali (keadaan badan yg berasid menyukarkan proses pengurangan berat badan)

Epal hijau :
Mengandungi serat yg di kenali sebagai pektin (mengawal blood fat dan membantu dlm pengurangan kolesterol
Menstabilkan gula di dlm darah (mengurangkan keinginan untuk makan dan memberi rasa kenyang yg lama)

Halia :
Mengandungi amino asid yg di perlukan (essential amino acids) yg memainkan peranan dlm
metabolisma badan)

Cuba lah ye ....

Friday, 17 January 2014

Healthier lifestyle in 2014

Owhhh lama sungguh tak post entry di sini.  Bz the baking biz ... Byk posting kat blog & Instagram sweetroz kitchen :)

Roz masih sedaya upaya mengamalkn cara pemakanan yg sihat.  Tahun ni I'm determined to loose the excess weight! I am still doing juicing now n then. Trying new combinations.

Actually I hv so many postings for this blog that is pending. I would like to share with you tips on healthier lifestyle I've been following in FB n Instagram.  It's not that difficult really to change to a healthier lifestyle - less unprocessed food, more fruits n veggies, healthier cooking styles and recipes.
     
      All u need is sheer DETERMINATION!

Today I would like to start with sharing an alkaline juice recipe called the Green Juice. Rasanya quite ok .... cuma kalau boleh cari imported baby spinach leaves sbb daun dia lebih liat dr bayam tempatan dan rasanya tak berapa mushy dan seakan rasa best

Cuba lah!

Monday, 13 May 2013

Juicing for Health

Lamaaaaaa tak update blog ni tak bermakna yang Akak dah give up on loosing the weight. The truth is Akak dah tak berdiet high protein (tegar) macam dulu tapi masih mengambil LOW Carbo n LESS Sugar.

Keputusannya = berat badan tak turun macam dulu tapi masih maintain di berat yang sama. Cuma sekali-sekala makan jugak dessert, cake bagai (udah kat dapur tu kan sentiasa buat untuk tempahan :D kalau berminat checkout SweetRoz kitchen)

Sekarang Akak dah hooked on Juicing for health n juga Infused Water. Semua orang tau yang buah-buahan dan juga sayur-sayuran ni banyak khasiat untuk kesihatan dan boleh juga membantu dalam penurunan berat badan. Off n on Akak akan post juice yang dah di buat

Antaranya .....

Epal dan Lobak merah

Kandungan Vit C yang tinggi dari gabungan orange, strawberry dan carrot

2 biji oren (sederhana besar, seedless)
1 cawan strawberry dan 1/2  lobak merah (sederhana besar)

Khasiat buah-buahan ni untuk kesihatan akan menyusul ye .....
update Mei, 14 :

Kebaikan buah-buahan yang di guna dalam Health Juice :
Strawberry -
1) Kaya dengan Nutrient dan antioxidants(vitamin C serta phytophenols yang lain spt ellagic acid)
- 1 serving strawberry mengandungi 51.5 mg of vitamin C — iaitu kira-kira setengah dari keperluan harian vitamin C 
2) immunity booster
3) baik untuk kesihatan mata (mengelakkan katarak pada usia tua)
4) membantu mencegah/merawat penyakit kanser  
- kandungan Ellagic acid telah di buktikan mempunyai anti-cancer properties seperti merencatkan pertumbuhan sel kanser. Strawberry juga mengandungi antioxidants lutein and zeathancins yang merupakan free radical scavengers yang bertindak meneutralkan kesan-kesan negatif radikal bebas terhadap sel
5) menghalang pembentukan/melambatkan kedut pada wajah
6) membantu mengurangkan cholesterol
7) membantu mengurangkan keradangan (inflammation) yang mungkin menyebabkan sakit sendi (arthritis)
8) mengawal tekanan darah
9) menambahkan kandungan serat (fiber) - mengandungi 2g serat per serving)
10) membantu dalam pengawalan berat badan
- Strawberry adalah makanan rendah kalori (~ 28 kCal per serving), fat-free dan rendah j=kandungan gula dan sodium  11) membantu ksihatan pre natal health (mengandungi folate sebanyak 21mcg per serving

Nak tau lebih lanjut. Klik SINI


Sedapnya tengok buah strawberry ni ....