Adakah anda tergolong dalam kategori suka pada makanan manis?
Ice cream - chocolates - sweets - cakes - cupcakes - ice blended bla bla bla ...
Akak memang LOVEEE sugary foods. Tapi sejak on The Plan akak dah banyak mengurangkan pengambilan makanan yang kandungan gula nya tinggi (tapi sekali-sekala tu terbabas la jugaks!)
GULA = penyebab kepada banyak penyakit & juga culprit dalam kenaikan BERAT badan
Hmm ... nak berjaya dalam misi menurunkan berat badan selain dari perlu
1 - Pemilihan pemakanan yang bijak
2 - Gaya hidup yang seimbang (Balanced lifestyle)
3 - Senaman (secara konsisten)
perlu juga kurangkan kandungan GULA dalam badan
So ...... macamana nak Hilangkan SUGAR addiction ye?
Cuba langkah-langkah berikut :
1. Ambil sarapan yang mengandungi sumber protein spt telur, protein shake @ mentega kekacang
2. Makan dengan kuantiti yang sedikit tapi kerap - sehingga 5 kali sehari dan setiap 3-4 jam ambil sumber protein
3. Dapatkan tidur yang secukupnya
Tapi .... ada SATU CARA mudah yang boleh di gunakan untuk mengurangkan SUGAR cravings. Tak perlu minuman/makanan/pil *ajaib*. U ollz boleh buat dengan cara yang selamat dan berkesan
Bahan ini boleh di dapati dari dapur -----> sejenis rempah. Secara tak sedar akan kelebihan rempah ni, kita banyak gunakannya dalam masakan. Rempah ni mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah (good news for those having diabetes)
![]() |
Kenal tak rempah ni? KAYU MANIS atau CINNAMON |
Antara cara-cara nak mendapatkan khasiat kayu manis ni dan hilangkan SUGAR cravings tu :
- masukkan 1 batang ke dalam susu suam, rendam seketika dan minum
- sprinkle 1 sudu kecil dalam oatmeal semasa sarapan
- tambahkan 1 sudu kecil ke dalam teh
- menghidu batang kayu manis juga dapat meng'hilang'kan / mengurangkan keinginan terhadap makanan manis
Cuba lah hari ni!
No comments:
Post a Comment