Pages

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, 26 February 2013

Tofu bercili bersama cendawan - Resepi mudah, cepat tapi ...

Tapi apa?

------> Mengenyangkan ......

Tofu bercili bersama cendawan
(Soft beancurd with chili oil and mushrooms)

Masakan kali ni resepi ala2 Chinese - sebab bahan-bahannya tipikal dalam Chinese cuisine. Tofu lembut - cendawan - chili oil - oyster sauce

Tofu bercili bersama cendawan
1 paket tofu lembut
Cendawan
Bawang putih - di cincang
Chili oil*
2 sudu makan Oyster sauce - ikut citarasa

* cara penyediaan chili oil :
Mula-mula basuh cili kering, kemudiannya guntingkan kecil-kecil. Lepas tu goreng sekejap dalam minyak panas (minyak gorengan jangan di buang). Boleh juga campur dengan udang kering (yang ditumbuk halus atau gunting je kecik-kecik) dan bawang putih cincang

- buat banyak2 dan simpan dalam botol kaca (boleh di buat perencah untuk goreng sayur @ nasi)

Cara-caranya :
Tofu di letak dalam mangkuk tahan panas, kemudian di kukus/stim terlebih dahulu. Lebih kurang 10minit. Air yang keluar dari tofu di buang
Panaskan api, goreng bawang putih yang di cincang
Masukkan oyster sauce. Tumis sebentar
Masukkan cendawan
Tambahkan chili oil - sesedap rasa
Tuangkan campuran tadi ke atas tofu
Tabur daun ketumbar atau daun sup & bawang goreng

Siap untuk di hidang!

Info masakan :
Tofu - sumber protein
Cendawan - protein, mineral, vitamin
Chili - capsaicin membantu pembakaran lemak

Saturday, 23 February 2013

Bakor kite bakor!

Meh kita bakor lagi lemak-lemak itewww!

Sepanjang sessi Induction dan juga OWL ni (Ongoing Weight Loss stage) akak ambik supplements ni untuk top up nutrient yang terkurang dan jugak untuk boost proses penurunan berat badan

Dari kanan :
Apple Cider Vinergar, B-complex (Shaklee), Alfalfa Complex (Shaklee), Evening Primrose Oil (Seven Seas),  Vitamin C-controlled release (Vistra, Thai), Green Tea (sachet)


Kelebihan green tea dalam menolong proses pembakaran, menaikkan metabolisma badan dah di terangkan di sini ----> Detox

Juga mengenai -----> Apple Cider Vinegar 

oppsss ada keja jap! nanti sambung ye .....

Saturday, 5 January 2013

Nak makan apa untuk Sarapan?

Nak makan apa untuk sarapan eh yg tinggi protein tapi rendah carbo? Kebanyakkan Atkiners akan bersarapan dengan telur, telur dan telur. Scrambled (atau masa kecik2 dulu di panggil telur goncang), hard boiled, omellette antara cara nak masak telur.

Let me share with you some of my breakfast menu ....

Omelette dengan sausage

Scrambled eggs with cauliflower n capsicum (bell pepper)

Boleh campur apa saja asalkan high fiber, low carbo
Tambah chilli flakes untuk meningkatkan pembakaran lemak

Omellette

Omellette with seaweed & bonito flakes

Adakan variety dalam penyediaan telur so that tak jemu nak meneruskan Fasa Induction.

Selamat mencuba dan Selamat berSarapan!

Thursday, 3 January 2013

All about LEMONS

Want to flush FAT for LIFE?
Drink a glass of warm lemon the first thing in the morning 





Tahukah anda buah LEMON boleh membantu dalam misi mengurangkan berat badan?

Amalkan minum segelas air lemon suam setiap pagi untuk bantu hilangkan lemak yang berlebihan tu @ boleh jugak sebagai maintenance bagi yg dah mencapai berat ideal




Bagaimana lemon bertindak mengurangkan 'lemak'? 
LEMON :
i) kaya dengan Vitamin C - membantu penyerapan kalsium ke dalam sel lemak yang membantu dalam pengurangan berat badan 


ii) kaya dengan asid sitrik (citric acid) a natural digestive. Asid sitrik bertindak dengan asid dan enzim dalam usus (digestive tract)  menjadikan sistem penghadaman lebih efficient 
* digestive = penghadaman/perkumuhan

iii) membantu proses penghadaman (digestion) dan regulate penyerapan (absorption) gula

iv) membantu bantu menyerap nutrient. Penyerapan nutrient yang lemah menyebabkan perut terasa lapar walaupun sebenarnya tidak 


v) membantu 'mencuci' ginjal (kidneys) dan hati (liver) dari bahan buangan dan toksin. Ia 

juga membantu 'mencuci' sistem limpatic (lymphatic system) yang merupakan sistem badan 

yang mengumuhkan (eliminate) toksin.  



Sooo ..... 

MULAKAN hari anda dengan segelas air LEMON suam untuk nyah kan lemak

START your day with a glass of warm LEMON water for a SLIMMER YOU!



Lawat lah rujukan di bawah ni untuk keterangan lanjut .....

Ref :

Livestrong.com
Outofstress.com

p/s : sori dengan bahasa yang agak rojak sbb science term ni kekadang susah nak translate. kalau translate pun kekadang tak tepat :D

Monday, 10 December 2012

Kekadang perlu Cheat Day

Tapi sehari je tau .... jangan pulak berhari-hari

Kenapa perlu Cheat Day? The reason?

Nak bagi signal kat body kita supaya membakar lebih lagi. What??? Camne cheat tapi masih turun berat badan?

Well I found it works! by accident :D

Ingat tak last entry haritu pasal mentekedarah/melantak masa cuti ngan family hari tu? well surprise! surprise! Hari ni masa Akak naik penimbang jarum tu tunjuk MINUS 1 kg! 1 KG! fuyoooo suka sangat Akak

Camner boleh jadi camtu? Badan kita ni sebenarnya boleh di 'program'. Dalam apa juga program menurunkan berat badan ni there will come a time when the scales won't budge. Even a few grams. Itu la yg di namakan plateau. Bila badan dah terbiasa ngan berapa banyak makan yg kita limit, tak kira la ikut program apa pun - be it meal replacement, low fat diet, low calorie diet etc etc mesti ada yg akan experience masa-masa plateau ni. Just don't give in if this happens. Kuatkan lagi semangat untuk meneruskan The Plan

Ingat ... dah berapa lam kita menyimpan lemak-lemak berlebihan tu. So takkan boleh 'hilang' dalam masa yg singkat. ye dak?

Lepas Akak cheat ngan senang hatinye (tapi masih lagi dlm keadaan terkawal) balik je dari holiday Akak sambung balik The Plan. Mula balik ambil protein, veggie, fruits (ye ... dah mula tambah buah cuma berhati-hati cari lah buah yg tak tinggi sangat kandungan gula nye) n low carbo. Minum pun mesti sekurang-kurang nye 2,3 liter

Enjoy your CHEAT Day! *peeps*

Monday, 3 December 2012

Haihhhh melantak tak ingat donia? Gemuk balik ke?

AsSalam semua ... masih gigih on The Plan?

Sori lama tak update blog ni sebab 2 minggu ni a bit bz berkursus - kursus pemasaran & kursus keusahawanan industri SPA :D Akak dalam perancangan nak bukak Day Spa di Bangi nih sebab tu beria-ia nak loose some weight. Pengusaha mesti la tip top baru la pelanggan confident untuk merawat masalah kecantikkan mereka ... ye dak?

Sepanjang berkursus maknanya kena makan di luar rumah. Tak susah dik ... Kak Roz ambik teppanyaki ikan (minus the rice) atau lauk (ayam goreng, ikan bakar) dengan banyak sayur. alhamduilillah mengenyangkan cuma tak dapat nak minum banyak air (paling byk pun dlm 1.5liter) sebab kena kerap ke tandas. nanti terlepas pulak tips @ point2 penting masa kursus tu ...

Lepas 6 hari brturut-turut berkursus Akak n hubby bawak anak gi jenjalan ke Perlis naik train. Budak2 punya la seronok dpt tido dlm cabin/berth. Perjalanan dr KL Sentral pukul 9.20 malam n tiba di Arau, Perlis pukul 7.30 keesokkan paginye. For breakfes kami dah pekena nasi ganja a.k.a nasi kandar di pasar baru Kangar. Aduhhh Akak kena kuatkan semangat teruskan plan ni sbb perlu turun at least 5 kilo lagi. So ambik lauk ayam goreng ngan sayur kacang bendi rebus. suap juga la 3,4 sudu nasi ngan kuah banjirrr ...

Dah di Perlis, acara shopping di Padang Besar acara wajib! For luch we had seafood tomyam, daging masak merah, kailan goreng n kerabu mangga. Kak Roz ambik juga la nasi tapi setakat 1 1/2 genggam.

The thing about when you are on the Plan is that u tend to feel full very quich even tough not taking rice. I guess it's the drinking a lot of water and stuffing up on proteins and veggies. Masa brcuti ni Akak tak berapa nak strict observing The Plan sbb nak jugak indulge sikit2. One thing I realize is that selepas lama tak minum air yang manis2 tu your taste buds has gotten quite accustomed to it. Bila minum air manis sikit terasa sangat kemanisannya. Kalau makan kat luar Akak ode air limau suam tana gula. Banyak lagi minuman yg boleh di nikmati macam teh O limau panas, teh O panas, air lemon suam, teh hijau (make sure tak letak gula okay)

4 hari brcuti sempat la indulge on 1/2 red velvet cupcake (nak merasa resepi cupcake di perlis), 4 durian crepes (buat sendiri as requested by my aunt), dekat 1 cawan buah berangan, 1 cawan nenas, 1 cawan mangga, 1/2 kilo manggis, 1 keping apam balik, 1 cawan kacang pol rebus, 1 mangkuk laksa siam & 1 mangkuk bihun sup. The DAMAGE?

Sampai je kat rumah the next morning apalagi?? naik atas penimbang la beb check weight. To my surprise!!**&&!! after all those food scale menunjukkan tambahan 1/2 kilo lebih. Fuhhhh legaaa! Hmm ... maknanya badan dah boleh tolerate makanan lain (carbo most of it) tapi masih lagi dlm kuantiti yg terkawal. Today I'm back on track but will be introducing a little bit of carbo in the Plan.

So .... pada yg belum mencuba lagi apakata mulakan The Plan esok.

First, have that last bit of indulgence - be it a slice or slices of that heavenly cheesecake, that irresistable ice cream, that to-die-for tiramisu. Then 1,2,3 get set GO!

p/s: at least start with the 1 day detox first to get ur body ready for a new healthier,  leaner YOU